Saturday, January 01, 2011

akemashite omedetou!

alhamdullillah,  kita sudah pun memasuki tahun 2011...macam tak percaya je..aku da berminggu tak update blog huhu..punya la malas tahap cipan.cipan pun tak malas macam aku nih ^^..bersyukur sangat2 sebab Allah masih lagi beri peluang untuk aku kecapi tahun 2011.Kalau ikutkan,kalendar Islam kite da lama masuk tahun baru,alhamdullillah...huuuu T_T...cam sedih pun ada nak tinggalkan 2010...pada aku,banyak sangat2 kenangan manis,manisssss sangat2 melebihi gula pasir huhu..kenapa aku cakap cmtu sebab tahun 2010 ni jugak,aku rasa best menjadi seorang guru heheh..ok la, meh aku list sket apa yang best sangat kat 2010 yang aku dah alami..check it out!
- masih dapat merasai nikmat2 mempunyai ibu bapa (syg mak ayah!)
- jadi guru kelas tahun 6 (ermm..suke gak la)
- tak mengajar kelas tahun 1 (such a disaster..am i too much?i cant handle it heheh..)
- gi rombongan bersama murid asrama ke KL
- kerap berjumpa dengan teman2 matri,terutamanya cibah,dayah,zan,nik,timah adi n saibah (paling     best!)
-  salah sorang dari batch aku kat matri jadi celebriti la pulak, si imam muda ashraf :)
- abangku bertunang (abang tunang pun,best haha len le aku yang tunang)
-  braye sakan ngan murid2 tahun 6
-  rasai pengalaman merentas desa kt sek n area kg shari (b4,aku start masuk sek ni,asyik merasa      hari             sukan je)
-  pergi matri masa oktober aritu (gi sek lama aku)
-  rehlah akhir tahun ngan murid tahun 6 kat tanjung sedili
-  gi PLM kat putrajaya (pelajar lepasan matri)
-  ade kawan kat asrama,sebelum ni aku sorang2 je,ade la si ita jiran aku nih,peneman aku hehe
-  j-pop tahun 2010 ni banyak yang best2..plg aku suke lagu kump ARASHI,-troublemaker,lagu                        yamapi,one in a million,lagu daichi miura,the answer,lagu bigbang,beautiful hangover,joe                                   inoue,sekai no kakera..iskk banyak ah kalau nak taip kat cni hehe
-  berkenalan ngan orang baru
-  baru layan band B2ST dari korea (aku ni bukanla peminat k-pop)
- ade cite the vampire dairies (haha,minat cite nih)

haaa.sudah2 la tu,penat da aku taip ni,memang banyak lah,tapi tu le antaranya.. kepada anak-anak murid aku yang tahun 6 tahun lepas,aku mohon maaf andai banyak kekurangan & kelemahan siri dan tak mampu untuk menjadi guru yang terbaik untuk mereka.maafkan gurumu ini..

aku harap tahun 2011 ini,Allah memberikan aku kekuatan, ketenangan hati dan kesabaran dalam mengharungi liku- liku kehidupan yang pelbagai corak nih..dan moga aku mampu mendidik diri aku menjadi seorang guru yang dapat membimbing anak2 muridku ke arah yang lebih baik,mudah2an..akhir kata...AKEMASHITE OMEDETOU!!...

Friday, December 10, 2010

Berupayakah aku?


 sweetnye gambar nih..i like it!


Da 2 hari tak menulis apa-apa entry,baru hari ni masukkan entry contest.2 contest aku join arini..best!hehe.Korang nampak tak gambo kat atas tuh?ha sweetkan...sempena esok ni HALUANITA menganjurkan seminar mahligai impian siri kedua x silap aku Seminar ni di UTHM..Moh kita ramai-ramai pakat pi sana..Paling penting, kita mendapat ilmu yang bukan senang kita nak peroleh,ilmu rumahtangga Muslim.Seminar ni sesuai sangat-sangatlah untuk mereka-mereka yang masih bujang/masih tercari-cari/yang sedang on da way ke alam perkahwinan dan untuk mereka yang sudah berumahtangga pun sesuai. Sebenarnya dalam Islam, untuk mendapatkan generasi-generasi yang terus mendukung dakwah Islam ni bermula dari sesi pemilihan jodoh lagi.Da dapat jodoh yang sekufu, yang faham,barula boleh terbentuk sebuah baitul Muslim sepertimana yang Islam kehendaki dan seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan soleh yang dapat meneruskan kesinambungan dakwah dan tarbiyah. (huh betui ka ayat aku nih?hehe...Baitul Muslim ni ialah membina sebuah keluarga Muslim tapi kalau Baitul Dakwah lebih jauh dari ini iaitu untuk membina generasi pewaris.Pewaris dakwah, pewari s kerja Nabi.Ni benda serius ye bukan main-main. Cakap pasal jodoh ni,macam-macam terpike,terlintas kat fikiran nih.Lagi la umo da meningkat ni,orang biasa la kan akan tanya, awak bile bila pulak...dunno.Bukan setakat kawan-kawan atau orang-orang lain je,anak murid aku pun pandai tanya tau.huh...Aku juz jawab," awak doakan la cikgu dapat orang yang baik"...hehe...InsyaAllah,lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya.Yakin jodoh itu Allah da susunkan untuk hamba2Nya..Aku bile plak ntah hehehe..(soklan cepu emas untuk diri sendiri)

Moga Allah pertemukan aku dengan insan yang taat dan patuh kepadaNya dan jadikanlah diriku seorang yang insan yang solehah..amiinnn......Aku suke sangat ngan ayat nih " ~Orang yang cintakan dakwah mesti menuju kepada baitul dakwah untuk kesinambungan dakwah. Kalau tidak jangan kita sebut pasal dakwah . "

Contest Mimik Muka kaw2 punye..





Ni lagi satu contest aku join,cam best je huhu...kat bawah ni,aku letak gambo ni.dua gambo combinekan jadi 1 gambo.


muka selenge






Ok nak cite sket pasal gambo ni..gambo ni diambil masa kat luar surau sekolah aku..masa tu baru pas solat maghrib,so pas da ngaji da ajar budak ngaji,aku pun pi luar bukak laptop..tetibe nak menggatai amik gambo sorang2 guna webcam tuh..kita sorang-sorang so wat je la mimik muka macam-macam haha....bile aku snyum sampai tak nampak mata tu ade orang kate muka aku macam kucing.whattt??again?kucing?hahahaha...ade ke patut..tapi takpela,kucing pun kucing le,jangan anjing sudah hahha..tu je kot sket tentang gambo ni..DONE!

Photo Contest : My Best Friend Forever!


ha...akhirnya msuk gak contest ni..dari semalam tangannya malas nak taip..arigatou naa kak aisyah coz ajak aku masuk contest ni..saja suka-suka masuk..well aku pun ada BFF gak...tp yang special sorang-sorang tu rasanya xde coz pd aku sume kawan2 aku special..ok kat bawah ni ada satu gambo aku bersama kawan-kawan satu sekolah dulu masa pertemuan alumni ma'ahad kitorang oktober yang lepas.......windunyeeee


Mula berkawan sejak tahun berapa?

Kitorang da berkawan sejak tahun 1998 till now.mula dari tingkatan satu lg semasa bersekolah di ma'ahad attarbiyah al-islamiyah tunjung,beseri,perlis (MATRI).Sampai sekarang still contact lagi antara satu sama lain.FB la medium  yang mengukuhkan lagi hubungan kami semua hehe..Sekarang masing2 da 25 tahun.Lebih kurang 12 tahun kitorang berkawan..lama tu bukan kejap hehe..

Kenapa diorang ni my BFF?

Kenapa?coz banyak benda yang kitorang share, yorokobi moo , kanashimi moo (happiness & sadness),
susah senang sama-sama,saling backup membackup between each other heheh..saling jaga nama baik,saling tegur menegur kalau ada yang wat silap,wooww!banyak ahh kenangan2.nak cite memang tak kan abis..huhu..paling utama,merekalah kawan sefikrah,seaqidah..hope moga our friendship last forever..UHIBBUKUMFILLAH..SAYANG U ALL KERANA ALLAH!

Tuesday, December 07, 2010

Nasib takwim Islam: semakin jauh dari hati anak muda?

Memandangkan kita berada di awal muharam,so entry2 aku today berkait dgn bulan Islam ini la,Muharam..tajuk entry ni aku suke la nak share,amik dari paper kosmo hari ini...Tapi memang betul pun,ramai golongan terutamanya anak muda-mudi.Bile soal bulan-bulan dalam Islam,tergagap-gagap tak ingat.Sayang betul.Sepatutnya sebagai seorang Islam,kita mestilah tahu dan ambil tahu.Kalau kat sekolah Ghufran tu,alhamdullillah,ramai di kalangan anak-anak murid aku yg hafal nama-nama dalam bulan Islam.Aku pun sebenarnya baru betul-betul hafal 2 3 tahun yang lepas,hafal melalui lagu kump.nasyid AlarmMe:))Malah,setiap kelas ada menulis haribulan dalam bulan hijrah di papan hitam.Mereka kadang lebih ingat tarikh hijrah dari tarikh masihi.Kadang-kadang aku yang malu.Diorang tanya," Cikgu hari ni berapa hb?Aku dengan konfidennye menjawab,tetibe ada satu suara '' bulan Islam la cikgu,kalau yang tu,kitorang pun tau"...aiyakk,malu seh hehe..So, tahun ni aku berazam,aku nak ingat tarikh dalam Islam setiap hari.Ok panjang lebar plak.Jom la baca entry kat bawah ni.



APABILA dilontarkan soalan mengenai urutan nama-nama bulan Islam kepada 10 anak muda kini, tidak mustahil sembilan daripada mereka terdiam atau tergagap-gagap menyebut satu demi satu bulan Islam.
Sementara yang seorang lagi pun, mungkin berjaya menamakan bulan-bulan Islam selepas menyanyi perlahan sebuah lagu bertajuk Bulan-bulan Islam nyanyian kumpulan nasyid Alarm Me yang pernah dihafalnya ketika di bangku sekolah.

Bagi kebanyakan anak muda, mereka sekadar tahu nama bulan-bulan tertentu yang melibatkan perayaan seperti bulan Ramadan, Syawal, Muharam dan Zulhijjah.Senario sebegitu adalah gambaran umum mengenai betapa jauhnya takwim Islam di hati anak-anak muda kini berbanding takwim Masihi yang kita gunakan setiap hari.Jika ada antara kita yang menghafal bulan-bulan Islam sekali pun, mungkin ada segelintirnya yang tidak tahu mengenai sejarah takwim Islam itu sendiri. Bila ia bermula dan siapa yang mencetuskan takwim tersebut?

Hijrah Rasulullah 

Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Che Alias Che Ismail, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah dimulakan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar al-Khattab.Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah dijadikan asas kepada penetapan permulaan sambutan Maal Hijrah, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah.Asas pembinaan takwim Islam sebenarnya telah digambarkan di dalam al-Quran iaitu Surah Yunus Ayat 5 yang bermaksud:

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
‘Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya.'
“Sebelum dilaksanakan penetapan takwim Hijrah ini dan semasa hayat Rasulullah SAW, takwim yang digunakan ialah sistem takwim Qamariyah (sistem hitungan bulan).
“Penentuan tahun pula dirujuk kepada tahun berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian seperti tahun gajah, peperangan al-Fijar, tarikh pembinaan Kaabah dan sebagainya. Cara penetapan sedemikian tidak boleh dijadikan pegangan kerana catatannya tidak menggunakan kaedah yang tetap dan seragam,” jelasnya.
Tambah Che Alias, segalanya bermula pada tahun 17 Hijrah iaitu tahun keenam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Saidina Umar al-Khattab bersetuju dengan cadangan Saidina Ali Abi Talib supaya menjadikan tahun Rasulullah SAW berhijrah sebagai tahun pertama bagi takwim Hijrah.
Saidina Uthman Affan pula mencadangkan supaya bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem takwim Hijrah walaupun tarikh sebenar Rasulullah berhijrah adalah pada akhir bulan Safar dan tiba di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiul Awal bersamaan 24 September 622 Masihi.Bermula daripada peristiwa tersebut, umat Islam dengan rasminya mempunyai satu sistem kalendar tersendiri yang dinamakan takwim Hijrah.

Perbezaan


Perhitungan takwim Qamariah adalah berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang setiap pusingan mengambil masa selama 29.53059 hari dalam hitungan falak. Ini berbeza dengan perkiraan takwim Syamsiyah yang merujuk kepada kedudukan dan pergerakan matahari.
Firman Allah dalam Surah al-Kahfi Ayat 250 bermaksud: ‘Dan mereka tinggal dalam gua mereka selama 300 tahun dan (sebahagian) manusia menambah sembilan (tahun kepadanya)’.
“Mengikut perkiraan ilmu falak, ayat tersebut menunjukkan bahawa 300 tahun bagi tahun Masihi (Syamsiyah) adalah menyamai 309 tahun Qamariah atau tahun Hijrah yang digunakan sebagai takwim Islam sekarang.
“Ini terbukti melalui kiraan jumlah hari yang berkitar 29-30 hari bagi satu pusingan pergerakan bulan mengelilingi bumi (satu kitaran), bersamaan dengan satu tahun mempunyai 354 hari iaitu 11 hari kurang dari tahun Syamsiyah iaitu kalendar Masihi yang berjumlah 365 hari atau 366 pada tahun lompat,” jelasnya.
Tambahnya, takwim Hijrah telah diambil kira pemakaiannya semenjak tahun 622 Masihi yang dikuatkuasakan penggunaannya pada zaman Khalifah Saidina Umar al-Khattab hingga kini.
Sementara itu, walaupun takwim Syamsiyah (Masihi) telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan kerajaan Rom (kalendar Julian), namun kalendar yang diguna pakai sekarang adalah takwim yang diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII (kalendar Gregorian) pada tahun 1582 Masehi.
Menyentuh mengenai keistimewaan takwim Islam, Che Alias memberitahu, ia menjadi panduan kepada umat Islam bagi hari dan bulan ibadat, contohnya penetapan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
“Takwim Islam juga penting dari segi sejarah terutamanya bagi memperingati berlakunya peristiwa besar Islam seperti Nuzul al-Quran, Israk Mikraj, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan amalan-amalan yang lain.
“Takwim Islam dapat melenyapkan era takwim zaman jahiliah dalam setiap aspek kehidupan umat Islam sama ada dari segi akidah, syariah, muamalah dan akhlak,” katanya.
Jelas Che Alias, pada akhir tahun bagi takwim Hijrah iaitu akhir bulan Zulhijjah, umat Islam digalakkan berdoa (doa akhir tahun) sementara menunggu masuknya awal Muharam yang ditetapkan sebagai awal tahun Hijrah yang baru.Umat Islam juga digalakkan membaca doa awal tahun bagi memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Tarikh global

Dalam pada itu, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Ismail Ibrahim memberitahu, senario ramai anak muda tidak mengetahui bulan-bulan Islam berlaku kerana kita sudah mewarisi penggunaan kalendar Masihi yang menjadi satu amalan penggunaan tarikh global.
“Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengamalkannya kerana semua masyarakat antarabangsa menggunakan tarikh yang sama. Walaupun kini mereka hanya mengingati peristiwa atau hari-hari kebesaran Islam tertentu, itu sudah cukup baik.
“Kita bersyukur kerana negara kita mementingkan penggunaan tahun hijrah dari sudut cuti umum seperti satu Muharam, 12 Rabiul Awal, awal Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya, bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan mengenai bulan-bulan Islam ini perlu diterapkan pada peringkat pendidikan anak-anak, bermula di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat tinggi.
“Kini sudah banyak yang menggunakan tarikh-tarikh hijrah sebagai contoh di akhbar-akhbar dan di dalam takwim-takwim yang sedia ada.
“Walaupun sambutan tahun baru Hijrah tidak semeriah tahun baru Masihi, ini tidak bermakna mereka tidak mengenali tahun Hijrah.
“Kita lihat tahun baru Masihi lebih meriah diraikan kerana budaya dan amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini mengikut cara sambutannya di seluruh dunia,” ujar Ismail.
Berbeza pengisian
Cara meraikan sambutan tahun baru Islam juga berbeza pengisiannya berbanding tahun baru Masihi yang sinonim dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan.
“Sebagai mengimbanginya, kita juga meraikan tahun baru Masihi dengan cara mengadakan forum-forum dan acara-acara keagamaan bagi mengingati syiar Islam dan kebesaran Allah.
“Selain itu, sambutan Maal Hijrah juga disambut meriah dengan pelbagai program seperti perarakan, perjumpaan Maal Hijrah di negeri-negeri seluruh negara, pengurniaan Tokoh Maal Hijrah dan sebagainya,” katanya.
Ismail menyarankan, cara terbaik untuk menimbulkan kesedaran mengenai bulan-bulan Islam adalah mengaitkannya dengan peristiwa yang berlaku dalam keluarga seperti pertunangan, perkahwinan, kelahiran dan sebagainya.Di sekolah pula, takwim Islam mungkin boleh disertakan dengan tahun Masihi bagi mendedahkan generasi muda mengenai takwim Islam.Selain itu katanya, kalendar-kalendar sepatutnya disertakan dengan tarikh-tarikh Islam kerana di Malaysia takwim Islam sudah ditetapkan sepanjang tahun.

 

sumber:www.kosmo.com.my



    Nama bulan Islam

    Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.Jom kita tengok satu-persatu bulan-bulan Islam nih:

    1.Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

    2.Safar (ﺻﻔﺮ)
    Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

    3.Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

    4.Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    Bulan kedua musim bunga.

    5.Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

    6.Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

    7.Rejab (ﺭﺟﺐ)
    Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

    8.Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

    9.Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

    10.Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

    11.Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

    12.Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran keranapada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

    Kalau ikut bulan hijrah aku lahir 9 Syawal 1405 Hijrah hari Jumaat..tak tau betul ke x.try application kt fb nih huhu....

    Salam Maal Hijrah


     Assalamualaikum semua..salam maal hijrah untuk semua kawan-kawan yang mengenali diriku:)semalam kita sudahpun memasuki tahun baru dalam kalendar Islam..Alhamdulillah,ini menunjukkan bermulanya tahun baru bagi umat Islam.Moga tahun ini, kita sama-sama cuba pertingkatkan amalan serta diri kita untuk menjaadi yag lebih baik,InsyaAllah..Awal Muharam itu juga sebenarnya merupakan tarikh penting dalam sejarah ISLAM kerana pada masa inilah Rasulullah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.Kalau kita sebut je hijrah ni dia ada berbagai maksud,salah satunya berubah dari keadaan yang normal menjadi lebih baik.Di sini,aku sertakan doa akhir tahun dan doa awal tahun..moga kita sama-sama beroleh manfaat darinya.

    DOA AKHIR TAHUN



    Maksudnya:

    Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

    Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

    Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

    DOA AWAL TAHUN



    Maksudnya:

    Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

    Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

    Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


    Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.

    Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...