Friday, September 11, 2009

Lailatul Qadar


Malam ini masuklah mlm yg ke-21 dan kita semakin hampir dgn malam Lailatul Qadar ..Lailatul Qadar adalah 1 malam dlm bln Ramadhan.Allah telah berfirman dlm Surah Al-Qadr : " Sesungguhnya telah kami turunkan Al-quran pd Lailatul Qadar.Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik drpd seribu bln.Kebesaran Lailatul Qadar berdasarkan 2 perkara iaitu pertama krn pd malam itu diturunkan Al-Quran & kedua pd malam itu akan turun malaikat dlm suatu angkatan yg besar penuh gilang gemilang utk beri taufik & hidayah kpd org yg berpuasa dgn ikhlas.

Disebut sbg Lailatul Qadar krn pd malam itu akan turun malaikat utk mengucapkan salam sejahtera kpd seisi penduduk bumi.Ia juga dikenali dgn nama Lailatul Syaraf bermaksud mlm kemuliaan dan Lailatul Tajalli yg bermaksud mlm Allah melimpahkan cahaya dan hidayah kpd org yg berpuasa dan beribadat pd sebelah mlmnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama'.Pendapat yg kuat menyatakan adalah pd mlm ganjil sesudah hari yg ke-20 iaitu mlm 21, 23, 25, 27 & 29 Ramadhan.

Perkara ini sesuai dgn hadis Rasullullah drpd Ibnu Umar yg bermaksud : " Sesiapa yg ingin mencari Lailatul Qadar ah pd malam ke-27.Sebuah lg hadis Rasullullah y diriwayatkan oleh Muslim bermaksud : " Carilah dgn segala upaya kamu mlm A-Qadar pd malam ganjil drpd sepluh mlm akhir Ramadhan "

Jelas drpd kedua-dua hadis tersebut bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu mlm shj di bln Ramadhan.Ia adalah sbg perangsang kpd seluruh mukmin supaya mereka berebut-rebut utk cari pahala & ganjaran malam Al-Qadar dgn melipatgandakan amalan pd mlm akhir Ramadhan.Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan mukmin utk terus berusaha mendapatkan ganjaran pd mlm itu.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda mlm Lailatul Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pd pg hari dgn bentuk putih bersih bagaikan bln penuh dan tidak mempunyai sinar yg terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yg kuat melainkan walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Jadi sama2lah kita merebut peluang yg hanya dtg sekali setahun ini krn belum tentu kita semua termasuklah diri sy ini akan berpeluang lg utk bertemu dgn Ramadhan yg akan datang, wallahu'alam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...