Sunday, March 14, 2010

Mudahnya Menjadi Wanita Solehah.



Ciri-Ciri Wanita Solehah



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah SWT.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah SWT ?
- Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada muhrim atau mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan ketaqwaan
- Berbuat baik kepada ibu bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah atau pun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya
selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberu di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya jika dalam kebenaran
- Tidak menerima tetamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal & kecantikannya serta rumah tangga.

klu kite lihat balik,mcm senang je kan nk jd wanita solehah,tp nk laksanakan tu memerlukan kita bermujahadah mcm diri sy ni le...so renung2kanlah dan slmt beramal hehe...

sejenak..

salam sume..wahhh da lama betul rasnya x update blog ni ade la dlm 5 bln lbh...huhu...skang ni baru le ada rasa nk update...da masuk thn 2010 pun..masuk thn ni hampir 3 thn sy mengajar kt ghufran.thn ni gak tanggungjawab byk apatah lg jd guru kelas thn 6 yg murid2nye memang mencabar betul huhu...cepatnya masa berlalu..mcm x percaya gak thn ni umo menginjak ke 25..tua dah..umo semakin hari semakin bertambah..jika nak dibandingkan dgn amalan,adakah ianya seiring dgn pertambahan usia???tepuk dada,tanya iman...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...