Saturday, September 12, 2009

Impian??

Berkata tentang impian ni, sy nak kongsi sket la psl semalam ni.Sy masuk kelas tahun 3 utk mengajar subjek Al-Quran.Setelah memberi penerangan, sy pun memberi sedikit note utk disalin oleh murid2. Sambil mereka menyalin tu sy pun berjalan round2 satu kelas utk memantau mereka membuat kerja. Setelah round, sy pun stop kt meja murid paling hadapan sekali. Murid tersebut sebenarnya bkn duduk di meja tersebut tp disebabkan murid yg duduk di meja tersebut x hadir, dia pun duduk la situ utk penuhkan barisan hadapan. Murid ini bernama Aliuddin Nafis. Di sebelahnya Wafi. Mereka berdua tekun menulis di dalam buku latihan. Sy pun tengok je la diorang tu wat kje.x lama tu tiba2, Aliuddin Nafis atau panggilan mesranya Nafis bertanya kpd sy, " Cikgu, cikgu ada impian x ? ". Sy macam terkejut pandai budak ni tanya soklan yg mcm ni walaupun umurnya baru mencecah 9 tahun.Sy pun jawab la, " Ada la, nape awk nak tau ke? ". Nafis hanya tersenyum dan dia kata dia nak tahu apa impian sy.Sy pun jawabla "Impian sy ialah pertama sy nak mati dlm keadaan yg Allah redha, sy terselamat dr neraka dan mati dlm khusnul khatimah.Selain tu, sy mahu lihat suatu hari nanti daulah Islam akan tertegak satu hari nanti kat dunia ni dan sy juga nk tengok anak2 murid sy berjaya dunia akhirat ", jawab sy dgn panjang lebar huhu..Nafis pun tanya balik kat sy, " Abis impian cikgu nk jadi cikgu ni cmne plak? ".Wah pandai betul la si Nafis ni bertanya.Kawannya Wafi hanya mendengar je sy dan Nafis bersembang. Sy pun jawab la " Dulu cikgu x pernah terlintas pun bahawa satu hari nanti cikgu akan jadi cikgu. Cikgu dulu berangan nak kje kt office ke macam tu la lebih kurang, tp cikgu tahu Allah dah meletakkan cikgu sekarang kat sini dan menjadi cikgu krn Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk cikgu. ". Giliran sy pula bertanya Nafis, " Ha, apa pula impian awak,leh cikgu tahu? ".Nafis cuma kata " Sy tak nak bagi tau cikgu, hanya Aliff Aminuddin je tau apa impian sy " jawab Nafis.Aliff tu salah seorang murid dalam kelas tahun 3 ni.Selepas sy dengar Nafis jwb macam tu, sy pun malas la nak bertanya lg.Sy berasa kagum kerana sy x menjangka anak murid sy akan bertanya seperti itu.Pada sy, bagus la dia tanya mcm tu dan dia pun ada impian.Maknanya dia ada matlamat walaupun sy x berapa pasti sejauh mana dia faham tentang impian itu. Apa pun, sy gembira kalau ada anak murid sy bertanya soalan menunjukkan mereka ingin tahu sesuatu perkara.Tak lama kemudian, loceng pun berbunyi menandakan masa sy sudah tamat berada dalam kelas tersebut, lalu sy pun beredar dgn senyuman....:) dan dalam hati sy berbisik moga impian sy akan dikabulkan AMIN....

Dan malam td sy sedang nyenyak tidur, sy bermimpi sesuatu.Sy bermimpi sy sedang menaiki pajero yg dipandu oleh cikgu Liyana manakala sy duduk disebelahnya.Sy berada di satu jalan yg di kiri kanannya penuh dgn deretan kedai.Waktu tu waktu malam. Tiba2 sdg Cikgu Liyana memandu, dia memberhentikan pajero.Sy tlihat, dihadapan pajero kami, ada sebuah motor terjatuh bersama dgn si penunggangnya dua org.Sy pun membantu penunggang yg jatuh itu bangun.Sy baru perasan dihadapan motor itu ada sekujur tubuh kecil dalam keadaan meniarap.Sy mengagak, motor tersebut telah melanggar tubuh kecil itu lantas sy pun segera pergi kepada tubuh yg tertiarap td utk memberikan bantuan.Alangkah terkejutnya sy apabila sy memalingkan tubuh tersebut!Ia adalah murid sy yg sy ceritakan td, Aliuddin Nafis! wajah dan tubuhnya berlumuran darah dan keadaanya sgt lemah lalu sy terus mengangkat Nafis dan meletakkannya di seat belakang pajero dan tiba2, Tiqahhhh!, bangun sahur ni da pukul 5...kejut ayah sy...astaghfirullahal'azim dah pagi rupanya.Terus sy bangun dan beristighfar moga2 yg sy mimpikan tadi ni hanyalah mainan tidur semata-mata....wallahu'alam

Friday, September 11, 2009

Dia telah kembali.....


Hari ini bersamaan dgn 20 Ramadhan ...wah begitu cpt masa berlalu..rasanya baru je aritu start puasa...apakah yg sy dan anda telah lakukan sepanjang Ramadhan ini??hmm...dan pagi td terkejut sy apabila bangun dr tidur, teman sebilik sy, Nurul Husna bt Eswan (dia junior sy dulu kt matri), bertanya kpd sy, " Akak kenal x dgn Cikgu Zainuddin Jusoh? ''..lantas sy terus menjawab " kenal je, cikgu tu dulu ajar akak kemahiran hidup "." Ha kenapa Husna?" tanya sy.Husna pun jawab Cikgu Zaunuddin telah kembali ke rahmatullah pd pukul 3 pagi td...trus mulut saya mengungkapkan kalimah " Innalillahiwainnailaihiraji'un.." dr Allah kita datang kpd Allah jualah kita kembali..Tahun ini sj, sudah 3 org guru Matri telah dijemput Allah.Bermula dgn Ummi, x lama kemudian Cikgu Ghazali pula menyusul..Sy panggil Sir Ghazali sbb time sy form 5 dlu ,dia ajar sy English..dan kemudian sekarang ini Cikgu Zainuddin pula pergi menyahut seruan Illahi..tp sy rasa arwah sudah tidak mengajar lg di Matri sekarang.Waktu sy form 3, Cikgu Zainudddin mengajar subjek kemahiran hidup..arwah mmg seorang yg baik dan kelakar..gayanya bersahaja je..yg paling sy ingat, mata si arwah, (sy x igt mata belah kanan atau kiri) , matanya ada masalah sket iaitu mata dia selalu terkenyit-kenyit. Kdg2 time Cikgu Zainuddin mengajar, mesti dia slalu pesan kt kitorang " ha jgn igt sy ni gatal tau sj nk kenyit-kenyit mata ngan kamu tp mata sy mmg cmni "..kitorang gelak je la, kitorang da paham pun x kesah..huhu..x sangka beliau da dipanggil dulu oleh Allah.Lebih mengasyikan, dlm bln Ramadhan yg mulia ini beliau dijemput. Bagaimanakah kita yg Allah masih beri peluang utk hidup ni?? ajal itu adalah 1 perkara yg pasti..dalam firman Allah : " tiap yg bernyawa itu pasti akan mati ". Begitu juga sy..x tahu bila Allah akn menjemput sy...Ini sume peringatan utk diri sy sendiri terutamanya.Sama2 la kita yg masih hidup ini mengambil iktibar dan mendoakan beliau agar ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg soleh..AMIN..sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah utk beliau..

Lailatul Qadar


Malam ini masuklah mlm yg ke-21 dan kita semakin hampir dgn malam Lailatul Qadar ..Lailatul Qadar adalah 1 malam dlm bln Ramadhan.Allah telah berfirman dlm Surah Al-Qadr : " Sesungguhnya telah kami turunkan Al-quran pd Lailatul Qadar.Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik drpd seribu bln.Kebesaran Lailatul Qadar berdasarkan 2 perkara iaitu pertama krn pd malam itu diturunkan Al-Quran & kedua pd malam itu akan turun malaikat dlm suatu angkatan yg besar penuh gilang gemilang utk beri taufik & hidayah kpd org yg berpuasa dgn ikhlas.

Disebut sbg Lailatul Qadar krn pd malam itu akan turun malaikat utk mengucapkan salam sejahtera kpd seisi penduduk bumi.Ia juga dikenali dgn nama Lailatul Syaraf bermaksud mlm kemuliaan dan Lailatul Tajalli yg bermaksud mlm Allah melimpahkan cahaya dan hidayah kpd org yg berpuasa dan beribadat pd sebelah mlmnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama'.Pendapat yg kuat menyatakan adalah pd mlm ganjil sesudah hari yg ke-20 iaitu mlm 21, 23, 25, 27 & 29 Ramadhan.

Perkara ini sesuai dgn hadis Rasullullah drpd Ibnu Umar yg bermaksud : " Sesiapa yg ingin mencari Lailatul Qadar ah pd malam ke-27.Sebuah lg hadis Rasullullah y diriwayatkan oleh Muslim bermaksud : " Carilah dgn segala upaya kamu mlm A-Qadar pd malam ganjil drpd sepluh mlm akhir Ramadhan "

Jelas drpd kedua-dua hadis tersebut bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu mlm shj di bln Ramadhan.Ia adalah sbg perangsang kpd seluruh mukmin supaya mereka berebut-rebut utk cari pahala & ganjaran malam Al-Qadar dgn melipatgandakan amalan pd mlm akhir Ramadhan.Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan mukmin utk terus berusaha mendapatkan ganjaran pd mlm itu.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda mlm Lailatul Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pd pg hari dgn bentuk putih bersih bagaikan bln penuh dan tidak mempunyai sinar yg terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yg kuat melainkan walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Jadi sama2lah kita merebut peluang yg hanya dtg sekali setahun ini krn belum tentu kita semua termasuklah diri sy ini akan berpeluang lg utk bertemu dgn Ramadhan yg akan datang, wallahu'alam.

Tuesday, September 08, 2009

Walaupun seteguk........


Alhamdullillah kita telah pun 19 hari berpuasa dan sekarang kita berada dlm fasa ke-2 Ramadhan iaitu bln pengampunan, masyaAllah..beruntungnya kita mendapat keampunan dr Allah Ta'ala....ttp hanya bg mereka yg memohon maghfirah drpd-Nya...bercakap ttg puasa, kita jgn lupakan amalan bersahur, atau meremehkannya kerana sahur ini adalah amalan penting dlm bln Ramadhan. Bg mereka yg mengkaji ilmu fikah akan berkata, " Oh sahur hukumnya sunat je..". Tp andai kata hukum ini kita kaitkan dgn hadis sahih, kita akan menyedari bahawa betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya hanyalah sunat shj.

Rasul bersabda : " bersahurlah kamu krn pd sahur itu ada berkat ( Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai & Ibnu Majah )..Melalui hadis ini amalan sahur dikaitkan dgn keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu illahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa org Islam dgn puasa org Yahudi & Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dlm sabda Rasullullah S.A.W yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yg bermaksud : Perbezaan antara puasa kami dgn puasa ahli kitab ialah adanya makan sahur.

Sahur adalah satu rahmat & berkat yg dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lg dlm hadis Nabi yg bermaksud : " Makanlah sahur, walaupun hanya seteguk air (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Hadis td menunjukkan kepentingan bersahur kpd org yg berpuasa walaupun makan atau minum dgn sedikit sj walaupun hanya dgn seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas org yg bersahur itu ialah spt sabda Rasul yg bermaksud : " Sesungguhnya Allah & Malaikat-Nya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon drpd Allah akan keampunan & keredhaan ) ke atas org yg bersahur ". (Hadis riwayat At-Tabrani)

Selain disunatkan bersahur, kita juga disunatkan utk melambatkan sahur krn amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan shbt. Imam Ahmad meriwayatkan bhw Rasullullah bersabda yg bermaksud : " Sentiasa umatku dlm kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya."

Melewatkan sahur bermaksud ketika menghampiri waktu Subuh.Berkaitan perkara ini, Zaid Bin Thabit pernah berkata : '' Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun utk melakukan solat subuh.

Zaid ditanya : '' Berapa lama masa antara kedua-duanya?(iaitu antara makan sahur dan solat subuh)".Berkata Zaid, " Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran "(Hadis Riwayat Bukhari).

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tdk diabaikan amat signifikan lg saintifik krn ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dlm masa 24 j am ialah sarapan pagi.

BBC News pd 7 Mac 2003 melaporkan bersarapan pg penting utk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pd waktu lain. Kajian oleh Dr. Mark Pereira dan rakannya dr Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yg tidak bersarapan pagi lebih berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yg sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dlm darah berbanding yg jarang bersarapan pagi.Hal ini menjadi lebih penting kpd kanak2 yg berpuasa. Ini krn kesan kanak2 meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yg kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dlm darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan krn tidak bersarapan pagi,kanak2 akan menghadapai masalah memberi tumpuan kpd pelajaran.

Tambahan drpd itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dr Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yg tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2x ganda mengalami kekurangan zat besi dlm darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia.Hal ini dilaporkan oleh Kelly Neville dr Chicago Tribune pd 24 September 2001.

Secara umumnya, mereka yg berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak akan mendapat kemudaratan drpd puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih drpd itu, bersahur adalah ibadah krn ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yg dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud : " Katakanlah, mahukah aku khabarkan kpd mu apa yg lbh baik dr demikian itu?Bagi mereka yg bertaqwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yg mengalir dibawahnya sungai2.Mereka kekal didalamnya.Mereka juga dikurniakan isteri2 yg suci serta mendapat keredhaan Allah.Dan Maha Melihat akan hamba2Nya iaitu org2 yg berdoa , Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami & peliharalah kami dr azab neraka.Merekalah org yg sabar, benar, taat, yg menafkahkan hartanya di jln Allah dan yg memohon ampun di waktu sahur (Surah Ali Imran:15-17)

Jadi kesimpulannya di sini, jgnlah kita sesekali mengabaikan sahur wlaupun kdg2 kita lihat setakat mkn di wktu sblm subuh,tp ketahuilah di dalam sahur itu terkandung keberkatan. Tak kisahlah anda mkn apa pun janji kita bersahur walaupun hanya dgn seteguk air.Tp mmg ada mereka yg x boleh mkn atau tdk berselera mkn pd wktu2 hening begini, katanya tekak xleh terimalah, x leh telanla, x leh masuk la...tp cuba kita niatkan betul2 dan ikhlaskan hati kita, Insyaallah Allah akan bantu. Klu sy ni Alhamdullillah, xda masalah utk bersahur,klu sahur tu berselera je mcm mkn tengahari haha..apa pun anda, bersahurlah....wallahua'lam...





Thursday, September 03, 2009

me..n myself..

erm.. sdr x sdr, da 13 hari kita melalui ibadah puasa ye..dan spjg itu juga sy berfikir, apakah yg telah sy lakukan sepanjang ramadhan ini?adakah lebih kpd perkara yg mengurangkan iman atau yg menambahkan iman??hanya sy yg dpt menjawabnya....sy juga berasa amat bersyukur krn Allah masih memberi peluang kpd sy utk bertemu lg dgn ramadhan pd kali ini..adakah sy masih berpeluang lg utk bertemu dgn ramadhan yg akan dtg???wallahu'alam.....sama2 lah kita merebut peluang yg dtg hanya setahun skali shj & berdoa mga Allah memberkati dan meredhai kita.... masuk ramadhan 20o9, da 3 thn gak sy merasa berpuasa di Ghufran.mcm2 kenangan sepanjang berpuasa bersama pelajar2 kt cni terutamanya pelajar asrama.ada yg lawaksss, ada yg touching,ada yg mengagumkan n mcm2 lg ah..klu nk sebut satu2 mmg x abis huhu...selain menjadi pendidik di Ghufran, sy juga warden aspuri kt cni...so tau2 je la muda2 cmni jga ank org..mcm2 hal..kt Ghufran ni la byk mengajar sy erti kesabaran,maklumla hari2 ngadap budak..klu da nma budak 2,tau2 je la kn...arghh..mendokusai nee..perlukan thp kesabaran yg tinggi huhu..lg r klu sy ni, mmg x sabo sket haha..bwh ni wajah2 yg kdg2 wt sy naik angin, tersenyum dan gembira hehe...

wajah2 yg x kurang comenye huhu...

ni pelajar aspura

solehahnyee..

gini la nk cite psl kehidupan sy kt Ghufran ni...aspuri tu ade 23 org je bdknye..ada dr sg tiram,segamat,pasir gudang,pontian ngn bt pahat..yg duduk dkt simpang pun ada...cikgu yg duk asrama tu ada 2org,sy ngn cikgu liyana..ckgu liyana ni anak shbt segamat sebaya sy la...ada sorang lg anak shbt pontian,nurul husna namanya tp kje kt koperasi an-nur...ps2 ada 2 org pengasuh duduk situ gak coz asrama tu belah pg,jd taska juz jga anak2 staff Ghufran je..time2 pose ni biasala..kejut diorang awal sket..4.15.ps2 trun sahur kt kantin sek then pkul 5 trus mandi..bila da siap mandi, masuk wktu subuh solat berjemaah then baca al-mathurat..lps selesai, diorang wt tugas masing2 ikut jadual ps2 p sek dlm pkul 6.45 pg....sesi persekolahan kt Ghufran bile time pose, blk awl sket dr biasa pkl 3.30..klu bkn bln pose, blk pkl 4 ptg..da abs wktu sekolah,diorang pun blk asrama rest2 dlu..da msuk asar solat berjemaah & bca al-mathurat...ps2 bru mandi...dlm pkl 6.15 trun bwh utk berbuka pose..trun awal ni,diorang leh la siapkan homework atau ulangkaji..pose2 mcm ni, sy ngn ckgu liyana mst akn jd org yg bz kt dapur..ye la nk serve kan makanan...budaya pose kt Ghufran ni,selama sebulan akan berbuka dgn bubur lambuk..lps maghrib, barulah makan nasi.sementara tunggu masuk wktu buka, biasanya pelajar akan membuat bulatan dan berzikir ataupun membaca juzuk amma secara beramai-ramai..

me n husna tgh hidangkan makanan utk buke pose

kemain lg mata terkenyit-kenyit

malu le tu kononnya..

aspuri tercinta huhu...

haaa...yg plg bestnya time azan da berkumandang..woaaaa..kemain lg bdk2 nih laju je trus suap makanan..senyap je sume khusyuk menikmati juadah tanpa menghiraukan alam sekeliling huhu..bila da abis mkn,bru la solat maghrib ps2 bru mkn nasi..solat maghrib kt kantin tu jugak..kitorang bentang tikar dan solat berjemaah ngn pelajar lelaki.after mkn nasi, kitorang pun naik surau utk solat isya' n solat tarawih...slalu solat trawih abs dlm pkl 9.45 diimamkan oleh cikgu2 lelaki ataupun pelajar lelaki..klu bln pose, mlm mmg xde prep coz bdk2 ni ye la da keletihan...ps abs solat trawih true blk asrama....bdk2 ni bila ps solat isya' je, mula r mata masing2 kuyu semacam je...ngantuk bangat le tu...padahal lum solat trawih lg..tu pun time solat da terhuyung hayang..kdg2 ade yg smpai sujud x bangun2..tido r tu haha...ksian tengokkan tp tu la kuatnya semangat anak2 Ghufran ni...da abis solat trawih sume, kitorang pun blk asrama..slalu pose2 cmni diorang tru naik tdo n trus tdo x yah nak suruh2.klu hari bkn bln pose,nk suruh naik tdo pun pyh,ps2 bile da naik,bkn trus tdo tp mulutnye pot pet pot pet..ni sbb diorang penat r tu tdo awal huhu...uikksssss...
gomen ne..xsdr plak terlebih-lebih pjg plak cite melalut-lalut hehe...xpala..bosan x bosan..korang baca je la...huhu..gitu la lbh kurang kehidupan seharian sy...

cikgu liyana, me n husna...

tgh berzikir sementara tgu masuk waktu buka

bubur lambuk lemak berkrim disukai ramai..

Wednesday, September 02, 2009

ramadhan kareem...





Pertamanya, alhamdullilah setinggi kesyukuran sy ucapkan ke hadrat illahi krn dgn rahmat dan kasih syg Allah jualah, sy berkesempatan untuk menulis sesuatu didalam blog sy ni yg baru saja saya wujudkan beberapa jam yang lalu....sekadar untuk berkongsi kisah kehidupan dan berkongsi sedikit ilmu kepada para pembaca...skang kita sedang berada di dalam bln yang penuh barakah iaitu bulan ramadhan.Bulan ramadhan inilah yg sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yg bertaqwa dan mereka yg suka berlumba-lumba dalam membuat amalan soleh.Rasullullah dan para sahabat baginda sentiasa menanti-nanti akan kedatangan ramadhan seakan-akan mereka tidak sabar2 utk melakukan amalan sebanyak mungkin krn mereka tahu hanya dlm bln ini sja lah,pahalanya berlipat kali ganda dan ramdhan juga adalah bln pengampunan dan bulan rahmat.Ramadhan juga terkandung seribu hikmah bagi mereka yang mahu berfikir....

Imam Al-Ghazali dlm kitabnya Ihya Ulumuddin menghuraikan 6 cara utk mencapai kesempurnaan puasa dikalangan mereka yg beriman & bertaqwa iaitu:

1) Tahan pandangan dr segala kecelaan dan termasuk melakukan perkara makruh serta elak drpd kelalaian mengingati & mengerjakan suruhan Allah.
2) Jaga lidah dr berkata sesuatu yg sia2, sebaliknya perbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran
3) Jaga pendengaran drpd mendengar benda2 yg tidak baik krn tiap yg haram diucapkan adalah haram utk mendengarnya.
4) Cegah anggota tubuh dr melakukan maksiat selain mengelak memakan perkara yg haram dan syubhat.
5) Tidak berlebih-lebihan menikmati makanan ketika berbuka krn tindakan itu mengurangkan hikmah berpuasa.
6) Membersihkan hati & meminta keredhaan Allah agar puasa kita diterima dan mutu puasa dpt dipertingkatkan lg, InsyaAllah...

Do'a Malaikat Jibril menjelang ramadhan..

" Ya Allah tolong abaikan umat Muhammad apabila sebelum memasuki bln Ramadhan dia tidak melakukan hal2 yg berikut:

1.Tidak memohon maaf terlebih dahulu kedua org tuanya (jika masih ada)

2.Tidak memohon maaf antara suami isteri

3.Tidak berma'afan terlebih dahulu dgn org2 disekitarnya..

" Maka Rasullullah pun mengatakan AMIN..YA RABBAL 'ALAMIN sbyk 3x ".Dpt x kita membayangkan yg berdoa adalah malaikat dan yg mengaminkan adalah baginda Rasullullah S.A.W dan para shbt dan dilakukan pd hari Jumaat???Subhanallah betapa beruntungnya kita ini org2 yg beriman.....

memang kita sgt2 la beruntung krn dipilih utk duduk didalam nikmat Iman dan Islam..dan yg paling penting, kita perulah berasa 'izzah dgn Islam...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...