Tuesday, September 08, 2009

Walaupun seteguk........


Alhamdullillah kita telah pun 19 hari berpuasa dan sekarang kita berada dlm fasa ke-2 Ramadhan iaitu bln pengampunan, masyaAllah..beruntungnya kita mendapat keampunan dr Allah Ta'ala....ttp hanya bg mereka yg memohon maghfirah drpd-Nya...bercakap ttg puasa, kita jgn lupakan amalan bersahur, atau meremehkannya kerana sahur ini adalah amalan penting dlm bln Ramadhan. Bg mereka yg mengkaji ilmu fikah akan berkata, " Oh sahur hukumnya sunat je..". Tp andai kata hukum ini kita kaitkan dgn hadis sahih, kita akan menyedari bahawa betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya hanyalah sunat shj.

Rasul bersabda : " bersahurlah kamu krn pd sahur itu ada berkat ( Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai & Ibnu Majah )..Melalui hadis ini amalan sahur dikaitkan dgn keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu illahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa org Islam dgn puasa org Yahudi & Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dlm sabda Rasullullah S.A.W yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yg bermaksud : Perbezaan antara puasa kami dgn puasa ahli kitab ialah adanya makan sahur.

Sahur adalah satu rahmat & berkat yg dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lg dlm hadis Nabi yg bermaksud : " Makanlah sahur, walaupun hanya seteguk air (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Hadis td menunjukkan kepentingan bersahur kpd org yg berpuasa walaupun makan atau minum dgn sedikit sj walaupun hanya dgn seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas org yg bersahur itu ialah spt sabda Rasul yg bermaksud : " Sesungguhnya Allah & Malaikat-Nya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon drpd Allah akan keampunan & keredhaan ) ke atas org yg bersahur ". (Hadis riwayat At-Tabrani)

Selain disunatkan bersahur, kita juga disunatkan utk melambatkan sahur krn amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan shbt. Imam Ahmad meriwayatkan bhw Rasullullah bersabda yg bermaksud : " Sentiasa umatku dlm kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya."

Melewatkan sahur bermaksud ketika menghampiri waktu Subuh.Berkaitan perkara ini, Zaid Bin Thabit pernah berkata : '' Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun utk melakukan solat subuh.

Zaid ditanya : '' Berapa lama masa antara kedua-duanya?(iaitu antara makan sahur dan solat subuh)".Berkata Zaid, " Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran "(Hadis Riwayat Bukhari).

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tdk diabaikan amat signifikan lg saintifik krn ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dlm masa 24 j am ialah sarapan pagi.

BBC News pd 7 Mac 2003 melaporkan bersarapan pg penting utk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pd waktu lain. Kajian oleh Dr. Mark Pereira dan rakannya dr Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yg tidak bersarapan pagi lebih berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yg sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dlm darah berbanding yg jarang bersarapan pagi.Hal ini menjadi lebih penting kpd kanak2 yg berpuasa. Ini krn kesan kanak2 meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yg kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dlm darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan krn tidak bersarapan pagi,kanak2 akan menghadapai masalah memberi tumpuan kpd pelajaran.

Tambahan drpd itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dr Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yg tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2x ganda mengalami kekurangan zat besi dlm darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia.Hal ini dilaporkan oleh Kelly Neville dr Chicago Tribune pd 24 September 2001.

Secara umumnya, mereka yg berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak akan mendapat kemudaratan drpd puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih drpd itu, bersahur adalah ibadah krn ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yg dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud : " Katakanlah, mahukah aku khabarkan kpd mu apa yg lbh baik dr demikian itu?Bagi mereka yg bertaqwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yg mengalir dibawahnya sungai2.Mereka kekal didalamnya.Mereka juga dikurniakan isteri2 yg suci serta mendapat keredhaan Allah.Dan Maha Melihat akan hamba2Nya iaitu org2 yg berdoa , Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami & peliharalah kami dr azab neraka.Merekalah org yg sabar, benar, taat, yg menafkahkan hartanya di jln Allah dan yg memohon ampun di waktu sahur (Surah Ali Imran:15-17)

Jadi kesimpulannya di sini, jgnlah kita sesekali mengabaikan sahur wlaupun kdg2 kita lihat setakat mkn di wktu sblm subuh,tp ketahuilah di dalam sahur itu terkandung keberkatan. Tak kisahlah anda mkn apa pun janji kita bersahur walaupun hanya dgn seteguk air.Tp mmg ada mereka yg x boleh mkn atau tdk berselera mkn pd wktu2 hening begini, katanya tekak xleh terimalah, x leh telanla, x leh masuk la...tp cuba kita niatkan betul2 dan ikhlaskan hati kita, Insyaallah Allah akan bantu. Klu sy ni Alhamdullillah, xda masalah utk bersahur,klu sahur tu berselera je mcm mkn tengahari haha..apa pun anda, bersahurlah....wallahua'lam...





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...