Saturday, September 12, 2009

Impian??

Berkata tentang impian ni, sy nak kongsi sket la psl semalam ni.Sy masuk kelas tahun 3 utk mengajar subjek Al-Quran.Setelah memberi penerangan, sy pun memberi sedikit note utk disalin oleh murid2. Sambil mereka menyalin tu sy pun berjalan round2 satu kelas utk memantau mereka membuat kerja. Setelah round, sy pun stop kt meja murid paling hadapan sekali. Murid tersebut sebenarnya bkn duduk di meja tersebut tp disebabkan murid yg duduk di meja tersebut x hadir, dia pun duduk la situ utk penuhkan barisan hadapan. Murid ini bernama Aliuddin Nafis. Di sebelahnya Wafi. Mereka berdua tekun menulis di dalam buku latihan. Sy pun tengok je la diorang tu wat kje.x lama tu tiba2, Aliuddin Nafis atau panggilan mesranya Nafis bertanya kpd sy, " Cikgu, cikgu ada impian x ? ". Sy macam terkejut pandai budak ni tanya soklan yg mcm ni walaupun umurnya baru mencecah 9 tahun.Sy pun jawab la, " Ada la, nape awk nak tau ke? ". Nafis hanya tersenyum dan dia kata dia nak tahu apa impian sy.Sy pun jawabla "Impian sy ialah pertama sy nak mati dlm keadaan yg Allah redha, sy terselamat dr neraka dan mati dlm khusnul khatimah.Selain tu, sy mahu lihat suatu hari nanti daulah Islam akan tertegak satu hari nanti kat dunia ni dan sy juga nk tengok anak2 murid sy berjaya dunia akhirat ", jawab sy dgn panjang lebar huhu..Nafis pun tanya balik kat sy, " Abis impian cikgu nk jadi cikgu ni cmne plak? ".Wah pandai betul la si Nafis ni bertanya.Kawannya Wafi hanya mendengar je sy dan Nafis bersembang. Sy pun jawab la " Dulu cikgu x pernah terlintas pun bahawa satu hari nanti cikgu akan jadi cikgu. Cikgu dulu berangan nak kje kt office ke macam tu la lebih kurang, tp cikgu tahu Allah dah meletakkan cikgu sekarang kat sini dan menjadi cikgu krn Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk cikgu. ". Giliran sy pula bertanya Nafis, " Ha, apa pula impian awak,leh cikgu tahu? ".Nafis cuma kata " Sy tak nak bagi tau cikgu, hanya Aliff Aminuddin je tau apa impian sy " jawab Nafis.Aliff tu salah seorang murid dalam kelas tahun 3 ni.Selepas sy dengar Nafis jwb macam tu, sy pun malas la nak bertanya lg.Sy berasa kagum kerana sy x menjangka anak murid sy akan bertanya seperti itu.Pada sy, bagus la dia tanya mcm tu dan dia pun ada impian.Maknanya dia ada matlamat walaupun sy x berapa pasti sejauh mana dia faham tentang impian itu. Apa pun, sy gembira kalau ada anak murid sy bertanya soalan menunjukkan mereka ingin tahu sesuatu perkara.Tak lama kemudian, loceng pun berbunyi menandakan masa sy sudah tamat berada dalam kelas tersebut, lalu sy pun beredar dgn senyuman....:) dan dalam hati sy berbisik moga impian sy akan dikabulkan AMIN....

Dan malam td sy sedang nyenyak tidur, sy bermimpi sesuatu.Sy bermimpi sy sedang menaiki pajero yg dipandu oleh cikgu Liyana manakala sy duduk disebelahnya.Sy berada di satu jalan yg di kiri kanannya penuh dgn deretan kedai.Waktu tu waktu malam. Tiba2 sdg Cikgu Liyana memandu, dia memberhentikan pajero.Sy tlihat, dihadapan pajero kami, ada sebuah motor terjatuh bersama dgn si penunggangnya dua org.Sy pun membantu penunggang yg jatuh itu bangun.Sy baru perasan dihadapan motor itu ada sekujur tubuh kecil dalam keadaan meniarap.Sy mengagak, motor tersebut telah melanggar tubuh kecil itu lantas sy pun segera pergi kepada tubuh yg tertiarap td utk memberikan bantuan.Alangkah terkejutnya sy apabila sy memalingkan tubuh tersebut!Ia adalah murid sy yg sy ceritakan td, Aliuddin Nafis! wajah dan tubuhnya berlumuran darah dan keadaanya sgt lemah lalu sy terus mengangkat Nafis dan meletakkannya di seat belakang pajero dan tiba2, Tiqahhhh!, bangun sahur ni da pukul 5...kejut ayah sy...astaghfirullahal'azim dah pagi rupanya.Terus sy bangun dan beristighfar moga2 yg sy mimpikan tadi ni hanyalah mainan tidur semata-mata....wallahu'alam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...