Showing posts with label atashi dake. Show all posts
Showing posts with label atashi dake. Show all posts

Tuesday, December 07, 2010

Salam Maal Hijrah


 Assalamualaikum semua..salam maal hijrah untuk semua kawan-kawan yang mengenali diriku:)semalam kita sudahpun memasuki tahun baru dalam kalendar Islam..Alhamdulillah,ini menunjukkan bermulanya tahun baru bagi umat Islam.Moga tahun ini, kita sama-sama cuba pertingkatkan amalan serta diri kita untuk menjaadi yag lebih baik,InsyaAllah..Awal Muharam itu juga sebenarnya merupakan tarikh penting dalam sejarah ISLAM kerana pada masa inilah Rasulullah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.Kalau kita sebut je hijrah ni dia ada berbagai maksud,salah satunya berubah dari keadaan yang normal menjadi lebih baik.Di sini,aku sertakan doa akhir tahun dan doa awal tahun..moga kita sama-sama beroleh manfaat darinya.

DOA AKHIR TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.

Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.


Thursday, December 02, 2010

tadaima!i'm home.....

alhamdullillah akhirnye dpt gak aku mengaktifkan blog aku ni yg mmg x prnh aktif...dr bln brp aku brenti x tulis apa2 entry heheh...template pun aku tukar..aku pkai template anime faveret aku,BLEACH..:)sbb sblm2 ni xde 'mood' sgt nk tulis2 kt blog nih...skg ni tgh dlm mood cuti sekolah,so duk umh je la tp x sepenuhnye duk umah coz nnti ade mcm2 program yg aku kna attend,alhamdullillah..msa mgu lps 27-28hb aku bru meluangkan masa utk rehlah brsama anak2 murid aku tahun 6...tu la last nk sama2 ngn diorang...x sangka da abis dah tugas aku sbg guru kls diorang..ni le 1st time aku jd guru kls tahun 6...best gak..walaupun diorang ni ade yg nkl2 tu,well biasela da nma murid kan...sabo je la..da duk umah ni rasa rindu lak kat diorang..ade ke x antara diorang tu yg rindu kat aku?haha..i juz wonder..(perasan tul)alhamdullillah akhirnye sume da settle...brdebar lak wait thn dpn 2011..adakah aku kena jd guru kls mana2 tahun lak?dunno?kt bawah ni ade le sket gambo2 aku ngan diorang ni..sj remind our memories hehe..






Tuesday, April 13, 2010

belajar bersabar...

salam sume...hmmm bru je abis kls bahasa arab ni kt tahun 2 tadi..dengan cuaca yg panas dan dgn ragam murid2 yg pelbagai,..sesungguhnya mereka sume tu cukup menguji kesabaranku huhu...xtau la td dlm kls ntah da berapa kali meninggikan suara kt murid2 tu..cpt2 aku istighfar n igt balik mcm cik rosdi ckp," anggap apa yg dilakukan tu sbg sumber pahala ".bile pike balik mmg btul,kalau kite letakkan sesuatu perbuatan tu sbg sumber pahala kite,insyaAllah kita dgn hati yg terbuka akan wt keje tu secara ikhlas dan tenang..pstu tadi masa ngajar tadi tu,de la sornag anak murid tu die nak pas2 surat la plak..die igt cikgunye x nampak kot..aku apalagi,trus amik n nak koyakkan..but b4 koyak,aku baca dulu..antara ayat yg ditulis, " hakimi nak kawin aqilah sbb dia cantik"..trus aku koyakkan kertas n geleng2 kan kepala..aku memebebel la kejap huhu..aku ckp..awk sume bru 8 tahun,apa yg awak tau??tuags awak skrg ialah belajar ],belajar dan trus belajar dan jgn wt yg bukan2...macam2 hal la budak2 sekarang ni..tu la aku ckp tadi,mereka sume ni mmg betul2 menguji kesabaran dan keimanan kita..apa pun,i luv my student!

Sunday, March 14, 2010

sejenak..

salam sume..wahhh da lama betul rasnya x update blog ni ade la dlm 5 bln lbh...huhu...skang ni baru le ada rasa nk update...da masuk thn 2010 pun..masuk thn ni hampir 3 thn sy mengajar kt ghufran.thn ni gak tanggungjawab byk apatah lg jd guru kelas thn 6 yg murid2nye memang mencabar betul huhu...cepatnya masa berlalu..mcm x percaya gak thn ni umo menginjak ke 25..tua dah..umo semakin hari semakin bertambah..jika nak dibandingkan dgn amalan,adakah ianya seiring dgn pertambahan usia???tepuk dada,tanya iman...

Saturday, September 12, 2009

Impian??

Berkata tentang impian ni, sy nak kongsi sket la psl semalam ni.Sy masuk kelas tahun 3 utk mengajar subjek Al-Quran.Setelah memberi penerangan, sy pun memberi sedikit note utk disalin oleh murid2. Sambil mereka menyalin tu sy pun berjalan round2 satu kelas utk memantau mereka membuat kerja. Setelah round, sy pun stop kt meja murid paling hadapan sekali. Murid tersebut sebenarnya bkn duduk di meja tersebut tp disebabkan murid yg duduk di meja tersebut x hadir, dia pun duduk la situ utk penuhkan barisan hadapan. Murid ini bernama Aliuddin Nafis. Di sebelahnya Wafi. Mereka berdua tekun menulis di dalam buku latihan. Sy pun tengok je la diorang tu wat kje.x lama tu tiba2, Aliuddin Nafis atau panggilan mesranya Nafis bertanya kpd sy, " Cikgu, cikgu ada impian x ? ". Sy macam terkejut pandai budak ni tanya soklan yg mcm ni walaupun umurnya baru mencecah 9 tahun.Sy pun jawab la, " Ada la, nape awk nak tau ke? ". Nafis hanya tersenyum dan dia kata dia nak tahu apa impian sy.Sy pun jawabla "Impian sy ialah pertama sy nak mati dlm keadaan yg Allah redha, sy terselamat dr neraka dan mati dlm khusnul khatimah.Selain tu, sy mahu lihat suatu hari nanti daulah Islam akan tertegak satu hari nanti kat dunia ni dan sy juga nk tengok anak2 murid sy berjaya dunia akhirat ", jawab sy dgn panjang lebar huhu..Nafis pun tanya balik kat sy, " Abis impian cikgu nk jadi cikgu ni cmne plak? ".Wah pandai betul la si Nafis ni bertanya.Kawannya Wafi hanya mendengar je sy dan Nafis bersembang. Sy pun jawab la " Dulu cikgu x pernah terlintas pun bahawa satu hari nanti cikgu akan jadi cikgu. Cikgu dulu berangan nak kje kt office ke macam tu la lebih kurang, tp cikgu tahu Allah dah meletakkan cikgu sekarang kat sini dan menjadi cikgu krn Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk cikgu. ". Giliran sy pula bertanya Nafis, " Ha, apa pula impian awak,leh cikgu tahu? ".Nafis cuma kata " Sy tak nak bagi tau cikgu, hanya Aliff Aminuddin je tau apa impian sy " jawab Nafis.Aliff tu salah seorang murid dalam kelas tahun 3 ni.Selepas sy dengar Nafis jwb macam tu, sy pun malas la nak bertanya lg.Sy berasa kagum kerana sy x menjangka anak murid sy akan bertanya seperti itu.Pada sy, bagus la dia tanya mcm tu dan dia pun ada impian.Maknanya dia ada matlamat walaupun sy x berapa pasti sejauh mana dia faham tentang impian itu. Apa pun, sy gembira kalau ada anak murid sy bertanya soalan menunjukkan mereka ingin tahu sesuatu perkara.Tak lama kemudian, loceng pun berbunyi menandakan masa sy sudah tamat berada dalam kelas tersebut, lalu sy pun beredar dgn senyuman....:) dan dalam hati sy berbisik moga impian sy akan dikabulkan AMIN....

Dan malam td sy sedang nyenyak tidur, sy bermimpi sesuatu.Sy bermimpi sy sedang menaiki pajero yg dipandu oleh cikgu Liyana manakala sy duduk disebelahnya.Sy berada di satu jalan yg di kiri kanannya penuh dgn deretan kedai.Waktu tu waktu malam. Tiba2 sdg Cikgu Liyana memandu, dia memberhentikan pajero.Sy tlihat, dihadapan pajero kami, ada sebuah motor terjatuh bersama dgn si penunggangnya dua org.Sy pun membantu penunggang yg jatuh itu bangun.Sy baru perasan dihadapan motor itu ada sekujur tubuh kecil dalam keadaan meniarap.Sy mengagak, motor tersebut telah melanggar tubuh kecil itu lantas sy pun segera pergi kepada tubuh yg tertiarap td utk memberikan bantuan.Alangkah terkejutnya sy apabila sy memalingkan tubuh tersebut!Ia adalah murid sy yg sy ceritakan td, Aliuddin Nafis! wajah dan tubuhnya berlumuran darah dan keadaanya sgt lemah lalu sy terus mengangkat Nafis dan meletakkannya di seat belakang pajero dan tiba2, Tiqahhhh!, bangun sahur ni da pukul 5...kejut ayah sy...astaghfirullahal'azim dah pagi rupanya.Terus sy bangun dan beristighfar moga2 yg sy mimpikan tadi ni hanyalah mainan tidur semata-mata....wallahu'alam

Friday, September 11, 2009

Dia telah kembali.....


Hari ini bersamaan dgn 20 Ramadhan ...wah begitu cpt masa berlalu..rasanya baru je aritu start puasa...apakah yg sy dan anda telah lakukan sepanjang Ramadhan ini??hmm...dan pagi td terkejut sy apabila bangun dr tidur, teman sebilik sy, Nurul Husna bt Eswan (dia junior sy dulu kt matri), bertanya kpd sy, " Akak kenal x dgn Cikgu Zainuddin Jusoh? ''..lantas sy terus menjawab " kenal je, cikgu tu dulu ajar akak kemahiran hidup "." Ha kenapa Husna?" tanya sy.Husna pun jawab Cikgu Zaunuddin telah kembali ke rahmatullah pd pukul 3 pagi td...trus mulut saya mengungkapkan kalimah " Innalillahiwainnailaihiraji'un.." dr Allah kita datang kpd Allah jualah kita kembali..Tahun ini sj, sudah 3 org guru Matri telah dijemput Allah.Bermula dgn Ummi, x lama kemudian Cikgu Ghazali pula menyusul..Sy panggil Sir Ghazali sbb time sy form 5 dlu ,dia ajar sy English..dan kemudian sekarang ini Cikgu Zainuddin pula pergi menyahut seruan Illahi..tp sy rasa arwah sudah tidak mengajar lg di Matri sekarang.Waktu sy form 3, Cikgu Zainudddin mengajar subjek kemahiran hidup..arwah mmg seorang yg baik dan kelakar..gayanya bersahaja je..yg paling sy ingat, mata si arwah, (sy x igt mata belah kanan atau kiri) , matanya ada masalah sket iaitu mata dia selalu terkenyit-kenyit. Kdg2 time Cikgu Zainuddin mengajar, mesti dia slalu pesan kt kitorang " ha jgn igt sy ni gatal tau sj nk kenyit-kenyit mata ngan kamu tp mata sy mmg cmni "..kitorang gelak je la, kitorang da paham pun x kesah..huhu..x sangka beliau da dipanggil dulu oleh Allah.Lebih mengasyikan, dlm bln Ramadhan yg mulia ini beliau dijemput. Bagaimanakah kita yg Allah masih beri peluang utk hidup ni?? ajal itu adalah 1 perkara yg pasti..dalam firman Allah : " tiap yg bernyawa itu pasti akan mati ". Begitu juga sy..x tahu bila Allah akn menjemput sy...Ini sume peringatan utk diri sy sendiri terutamanya.Sama2 la kita yg masih hidup ini mengambil iktibar dan mendoakan beliau agar ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg soleh..AMIN..sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah utk beliau..

Thursday, September 03, 2009

me..n myself..

erm.. sdr x sdr, da 13 hari kita melalui ibadah puasa ye..dan spjg itu juga sy berfikir, apakah yg telah sy lakukan sepanjang ramadhan ini?adakah lebih kpd perkara yg mengurangkan iman atau yg menambahkan iman??hanya sy yg dpt menjawabnya....sy juga berasa amat bersyukur krn Allah masih memberi peluang kpd sy utk bertemu lg dgn ramadhan pd kali ini..adakah sy masih berpeluang lg utk bertemu dgn ramadhan yg akan dtg???wallahu'alam.....sama2 lah kita merebut peluang yg dtg hanya setahun skali shj & berdoa mga Allah memberkati dan meredhai kita.... masuk ramadhan 20o9, da 3 thn gak sy merasa berpuasa di Ghufran.mcm2 kenangan sepanjang berpuasa bersama pelajar2 kt cni terutamanya pelajar asrama.ada yg lawaksss, ada yg touching,ada yg mengagumkan n mcm2 lg ah..klu nk sebut satu2 mmg x abis huhu...selain menjadi pendidik di Ghufran, sy juga warden aspuri kt cni...so tau2 je la muda2 cmni jga ank org..mcm2 hal..kt Ghufran ni la byk mengajar sy erti kesabaran,maklumla hari2 ngadap budak..klu da nma budak 2,tau2 je la kn...arghh..mendokusai nee..perlukan thp kesabaran yg tinggi huhu..lg r klu sy ni, mmg x sabo sket haha..bwh ni wajah2 yg kdg2 wt sy naik angin, tersenyum dan gembira hehe...

wajah2 yg x kurang comenye huhu...

ni pelajar aspura

solehahnyee..

gini la nk cite psl kehidupan sy kt Ghufran ni...aspuri tu ade 23 org je bdknye..ada dr sg tiram,segamat,pasir gudang,pontian ngn bt pahat..yg duduk dkt simpang pun ada...cikgu yg duk asrama tu ada 2org,sy ngn cikgu liyana..ckgu liyana ni anak shbt segamat sebaya sy la...ada sorang lg anak shbt pontian,nurul husna namanya tp kje kt koperasi an-nur...ps2 ada 2 org pengasuh duduk situ gak coz asrama tu belah pg,jd taska juz jga anak2 staff Ghufran je..time2 pose ni biasala..kejut diorang awal sket..4.15.ps2 trun sahur kt kantin sek then pkul 5 trus mandi..bila da siap mandi, masuk wktu subuh solat berjemaah then baca al-mathurat..lps selesai, diorang wt tugas masing2 ikut jadual ps2 p sek dlm pkul 6.45 pg....sesi persekolahan kt Ghufran bile time pose, blk awl sket dr biasa pkl 3.30..klu bkn bln pose, blk pkl 4 ptg..da abs wktu sekolah,diorang pun blk asrama rest2 dlu..da msuk asar solat berjemaah & bca al-mathurat...ps2 bru mandi...dlm pkl 6.15 trun bwh utk berbuka pose..trun awal ni,diorang leh la siapkan homework atau ulangkaji..pose2 mcm ni, sy ngn ckgu liyana mst akn jd org yg bz kt dapur..ye la nk serve kan makanan...budaya pose kt Ghufran ni,selama sebulan akan berbuka dgn bubur lambuk..lps maghrib, barulah makan nasi.sementara tunggu masuk wktu buka, biasanya pelajar akan membuat bulatan dan berzikir ataupun membaca juzuk amma secara beramai-ramai..

me n husna tgh hidangkan makanan utk buke pose

kemain lg mata terkenyit-kenyit

malu le tu kononnya..

aspuri tercinta huhu...

haaa...yg plg bestnya time azan da berkumandang..woaaaa..kemain lg bdk2 nih laju je trus suap makanan..senyap je sume khusyuk menikmati juadah tanpa menghiraukan alam sekeliling huhu..bila da abis mkn,bru la solat maghrib ps2 bru mkn nasi..solat maghrib kt kantin tu jugak..kitorang bentang tikar dan solat berjemaah ngn pelajar lelaki.after mkn nasi, kitorang pun naik surau utk solat isya' n solat tarawih...slalu solat trawih abs dlm pkl 9.45 diimamkan oleh cikgu2 lelaki ataupun pelajar lelaki..klu bln pose, mlm mmg xde prep coz bdk2 ni ye la da keletihan...ps abs solat trawih true blk asrama....bdk2 ni bila ps solat isya' je, mula r mata masing2 kuyu semacam je...ngantuk bangat le tu...padahal lum solat trawih lg..tu pun time solat da terhuyung hayang..kdg2 ade yg smpai sujud x bangun2..tido r tu haha...ksian tengokkan tp tu la kuatnya semangat anak2 Ghufran ni...da abis solat trawih sume, kitorang pun blk asrama..slalu pose2 cmni diorang tru naik tdo n trus tdo x yah nak suruh2.klu hari bkn bln pose,nk suruh naik tdo pun pyh,ps2 bile da naik,bkn trus tdo tp mulutnye pot pet pot pet..ni sbb diorang penat r tu tdo awal huhu...uikksssss...
gomen ne..xsdr plak terlebih-lebih pjg plak cite melalut-lalut hehe...xpala..bosan x bosan..korang baca je la...huhu..gitu la lbh kurang kehidupan seharian sy...

cikgu liyana, me n husna...

tgh berzikir sementara tgu masuk waktu buka

bubur lambuk lemak berkrim disukai ramai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...