Tuesday, December 07, 2010

Salam Maal Hijrah


 Assalamualaikum semua..salam maal hijrah untuk semua kawan-kawan yang mengenali diriku:)semalam kita sudahpun memasuki tahun baru dalam kalendar Islam..Alhamdulillah,ini menunjukkan bermulanya tahun baru bagi umat Islam.Moga tahun ini, kita sama-sama cuba pertingkatkan amalan serta diri kita untuk menjaadi yag lebih baik,InsyaAllah..Awal Muharam itu juga sebenarnya merupakan tarikh penting dalam sejarah ISLAM kerana pada masa inilah Rasulullah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.Kalau kita sebut je hijrah ni dia ada berbagai maksud,salah satunya berubah dari keadaan yang normal menjadi lebih baik.Di sini,aku sertakan doa akhir tahun dan doa awal tahun..moga kita sama-sama beroleh manfaat darinya.

DOA AKHIR TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.

Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...