Monday, December 06, 2010

Tips Keselamatan ICT

Hmmm,semalam aku takde tulis apa-apa entry pun kat blog..takpela,takde orang yang nak baca blog aku nih hehe...Ok,First entry today nak share tentang tips keselamtan ICT.Apa itu ICT?kalau nak tau,ICT tu singkatan bagi INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY atau dalam BM bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.Ok la taknak elaborate lebih-lebih..jom kita follow tips-tips kat bawah ni..

1. Rahsiakan kata laluan (password).Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh: P4s$w0rd untuk password)

2. Salin maklumat lengkap. Buat salinan dengan kerap dan simpan di tempat yang selamat. (contoh: simpan dalam cd, external harddisk, dsbgnya)

3. Gunakan perisian anti-virus yang sah. (elak menggunakan perisian cetak rompak atau versi crack).

4. Encrypt maklumat terperingkat.

5. Berwaspada apabila memuat turun (download) program atau fail dari internet.(aku ni men download je x waspada langsung heheh...)

6. Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali.

7. Jangan biarkan komputer anda berada atas talian (online) jika tidak digunakan.

8. Shutdown komputer anda sebelum meninggalkan pejabat.

Ok,that's all....moga dapat memberi manfaat pada semua...(^_^)

Saturday, December 04, 2010

Tips Penjagaan komputer dan Laptop

Sekarang zaman da canggih..Boleh dikatakan tiap golongan ada laptop/komputer peribadi.Berlambak-lambak jenama laptop skarang yang ada di pasaran.Aku start guna laptop masa aku semester akhir kat kolej dulu.Sebenarnya ayah aku beli tu untuk diri die,tak lama dalam beberapa bulan pas ayah beli laptop tu,aku pun teringin sangat nak ada laptop sendiri bukan apa sebab senang nak wat tesis ngan assignment,alhamdullillah ayah aku pun bagi laptop tu.masa tu aku pakai model ACER 3620.Ayah aku beli laptop len lak M-LIFE untuk kegunaan dia sendiri.Hounto ni arigatou oto-san!tapi skang da tak guna dah laptop tu.Skang guna model ACERASPIRE 4736Z.Aku beli len sebab acer 3620 tu asyik wat hal je tapi alhamdullillah aku da pakai laptop tu lebih kurang dalam 4 tahun..lama gak tuh.klu model yang sekarang ni aku baru pakai setahun.Ok la,aku nak share sket tips camne nak jaga laptop atau komputer korang supaya tahan lama..huhu..antaranya:

1. BATERI
Elakkan daripada penggunaan bateri sekiranya kita mahu menggunakan laptop dalam tempoh yang panjang seperti 3 hingga 4 jam.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas,off laptop dahulu sebelum menanggalkan bateri.. digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula atau tanda X kelihatan.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. PAPAN KEKUNCI
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.

4. Elakkan daripada getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.

5. Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap(jangan suka berpindah randah )

6. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.

7. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .

8. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.(aku selamba je hp kat sebelah,dekat lak tuh hehe...)

9. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.(korang x tengok aku nyer keyboard,fuhh da macam apa)

10. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.

11. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.

12. Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.(uikksss!)

13. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.

14. Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.

15. Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.

16. Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.

17. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.

18. Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.

19.Jangan sesekali tinggalkan laptop korang dalam kereta walaupun korang cuma keluar untuk tempoh masa yang singkat. Sudah terlalu banyak kes pencuri pecah cermin kereta dan mencuri laptop di dalam kereta. Sedangkan simpan dalam bonet pun orang boleh curi..ever wonder why? Sebab pencuri2 ni biasanya ada detector device, diorang boleh detect kalau ada laptop dalam kereta. Di sekitar Lembah Klang sahaja sudah lebih sejuta kes kecurian laptop berlaku di kalangan guru-guru sekolah yang dapat pinjaman laptop dari kementerian. Oleh itu, bawalah laptop kemana-mana sahaja korang pergi.

20. Pastikan laptop korang diberi rehat, jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari (ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).(laptop aku selambe je aku on 24/7 haha)

Selamat Mencuba…

Antara Akal & Nafsu



"Demi jiwa dan apa yang disempurnakannya."

Aku sempat baca satu artikel berkaitan Akal dan Nafsu yang disampaikan oleh seorang ustaz.Kata ustaz itu, dalam satu hadis Daif, ada diceritakan perilah Akal dan Nafsu. Nafss sebenarnya ada dua...iaitu Nafsu satu dan jiwa satu atau Nafsu satu, Akal satu.

Ketika Allah menciptakan Akal, Allah Taala telah memanggil Akal ni menghadapNya,

kata Allah, "Wahai akal, siapa engkau dan siapa Aku?"
akal menjawab, "Engkau Allah taala yang Maha Besar dan aku hambaMu yang sangat hina."

kemudian Allah menciptakan Nafsu dan Allah memanggil Nafsu mengadapNya,

kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkau..Engkau, aku..aku."

Nafsu ni bongkak dan samseng...dengan itu, Allah telah memasukkan atau rendamkan nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu mengadapNya semula,

kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkau..Engkau, aku..aku."

Allah kemudian memasukkan atau rendam semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu menghadapNya semula,

kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkau..Engkau, aku..aku."

Allah kemudian memasukkan atau rendam semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu menghadapNya semula untuk kali ke-4,

kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkaulah Allah Taala yang Maha Besar dan akulah hambamu yang sangat hina."

Begitulah nafsu. selepas 3000 tahun direndamkan dalam api neraka, baru nafsu tunduk kepada Allah.

Maka Allah menciptakan manusia ini bernafsu. Nafsu makan adalah untuk meneruskan kehidupan, nafsu tidur untuk menghilangkan keletihannya, nafsu marah untuk mempertahankan kehormatannya, nafsu syahwat pula untuk meneruskan keturunanya. Tetapi diadakan manusia itu akal untuk memberi batasan, contohnya manusia boleh makan, tapi jangan makan yang haram dan sebagainya.

Berbanding dengan haiwan contohnya kambing, Allah tidak berikan akal kepada kambing tetapi Allah berikan naluri. Maka kambing itu makan rumput sejak dari zaman Nabi Adam sampai bila-bila pun kambing tak reti nak tukar makan spaghettike sosej ke atau yang sewaktu dengannya. Pernah ke kita jumpa kambing makan roti canai atau mee rebus?? Kalau ada la kan,pengsan aku.Kambing tak reti nak ubah makanan sebab akal takde.

Manusia pula oleh kerana ada nafsu, tapi nafsunya lebih kuat daripada akal, inilah yang menyebabkan manusia itu rosak dan hancussss. Contohla, kambing reti je kawin jantan dengan betina, tapi manusia yang sengal yang da dikawal oleh nafsu ni kawin lelaki dengan lelaki. Kalau kambing tahu manusia kawin lelaki dengan lelaki, tak ke malu kita.Isk,isk,iskk..tak patut,tak patut

Kambing, itik, ayam, atau burung, bila waktu senja haiwan-haiwan ini tau balik sendiri ke kandang. Siapa yang suruh haiwan-haiwan ni balik?? Takde siapapun yang suruh haiwan-haiwan ni balik sebab Allah berikan naluri. Manusia pula oleh kerana ada nafsu maka waktu senja atau maghrib pergi ke pasar malam, jadi selisihlah dengan kambing. Kambing balik, manusia pegi pasar malam. Maksudnya tak solat maghrib la tu.Lagi sekali tak patut, tak patut...macam lawak pun ada adessss....

Memanglah nafsu ni kejadiannya jahat, sebab tu Allah wahyukan Al-Quran dan agama Islam supaya kita dapat kawal nafsu tersebut. Antara nafsu yang terdapat dalam diri manusia ialah nafsu Amarah, nafsu Lauwaaamah, nafsu Mulhamah, nafsu Mutma'innah, nafsu Kaamilah.

Nafsu Amarah ni macam kapal laut, tak pernah tenang dan selalu bergelombang.
Nafsu Lauwaaamah pula sekali ia gelombang, sekali ia tenang contohnya, sekali sembahyang, sekali wayang iaitu memcerca diri sendiri.
Nafsu Mulhamah pula sentiasa berbuat perkara yang baik kerana ia di ilhamkan begitu.
Nafsu Mutma'innah pula nafsu yang sentiasa tenang. Tenang je...(macam aku kot??haha)

Berkaitan dengan nafsu ni juga, dalam ilmu Tasawwuf menjelaskan bahawa manusia terdiri daripada empat golongan iaitu :

* Manusia yang datang ke dunia untuk beribadat dan untuk masuk Syurga.
* Manusia yang datang ke dunia bukan untuk beribadat, tetapi untuk memenuhkan Syurga. Contohnya, orang kafir, di akhir umurnya dia masuk Islam. Setelah masuk Islam, dia meninggal dunia. Maka masuk Syurga dia.
* Manusia yang datang ke dunia untuk beribadat,tapi bukan untuk masuk Syurga. Contonya, dia kuat beramal, tapi tak ikut perintah Allah iaitu menyombong dengan amalannya, riak, ujub, dll.
* Manusia yang datang ke dunia bukan untuk beribadat dan bukan untuk masuk Syurga. Yang ni lantak dia lah,aku tak tau da nak kata apa kat golongan-golongan yang macam ni.

Moga Allah melindungi kita semua..


~Wallahu'alam.

Tanda-tanda imu yang bermanfaat

Tadi entry untuk pengertian ilmu yang bermanfaat,sekarang ni entry untuk TANDA-TANDA ILMU YANG BERMANFAAT.Adakah aku ada ciri-ciri yang akan disebutkan di bawah ini?

Ilmu yang bermanfaat dapat diketahui dengan melihat kepada pemilik ilmu tersebut. Di antara tanda-tandanya adalah:

[1]. Orang yang bermanfaat ilmunya tidak peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya serta hati mereka membenci pujian dari manusia, tidak menganggap dirinya suci, dan tidak sombong terhadap orang lain dengan ilmu yang dimilikinya.

Imam al-Hasan al-Bashri (wafat th. 110 H) rahimahullaah mengatakan, “Orang yang faqih hanyalah orang yang zuhud terhadap dunia, sangat mengharapkan kehidupan akhirat, mengetahui agamanya, dan rajin dalam beribadah.” Dalam riwayat lain beliau berkata, “Ia tidak iri hati terhadap orang yang berada di atasnya, tidak sombong terhadap orang yang berada di bawahnya, dan tidak mengambil imbalan dari ilmu yang telah Allah Ta’ala ajarkan kepadanya.”

[2]. Pemilik ilmu yang bermanfaat, apabila ilmunya bertambah, bertambah pula sikap tawadhu’, rasa takut, kehinaan, dan ketundukannya di hadapan Allah Ta’ala.

[3]. Ilmu yang bermanfaat mengajak pemiliknya lari dari dunia. Yang paling besar adalah kedudukan, ketenaran, dan pujian. Menjauhi hal itu dan bersungguh-sungguh dalam menjauhiya, maka hal itu adalah tanda ilmu yang bermanfaat.

[4]. Pemilik ilmu ini tidak mengaku-ngaku memiliki ilmu dan tidak berbangga dengan­nya terhadap seorang pun. Ia tidak menisbatkan kebodohan kepada seorang pun, kecuali seseorang yang jelas-jelas menyalahi Sunnah dan Ahlus Sunnah. Ia marah kepadanya karena Allah Ta’ala semata, bukan karena peribadinya, tidak pula bermak­sud meninggikan kedudukan dirinya sendiri di atas seseorang pun.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat th. 728 H) rahimahullaah membahagikan ilmu yang bermanfaat ini yang merupakan tiang dan asas dari hikmah menjadi tiga bahagian. Beliau rahimahullaah berkata, “Ilmu yang terpuji, yang ditunjukkan oleh Al-Kitab dan As-Sunnah adalah ilmu yang diwariskan dari para Nabi, sebagaimana disabdakan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan mereka tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham. Mereka hanyalah mewariskan ilmu. Siapa yang meng­ambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang banyak.” [3]

Ilmu Ini Ada Tiga Jenis:

[1]. Ilmu tentang Allah, Nama-Nama, dan sifat-sifat-Nya serta hal-hal yang berkaitan denganNya. Contohnya adalah sebagaimana Allah menurunkan surat al-Ikhlas, ayat Kursi, dan sebagainya.

[2]. Ilmu mengenai berita dari Allah tentang hal-hal yang telah berlaku dan akan berlaku di masa datang serta yang sedang berlaku. Contohnya adalah Allah menurunkan ayat-ayat tentang kisah, janji, ancaman, sifat Syurga, sifat Neraka, dan sebagainya.

[3]. Ilmu mengenai perintah Allah yang berkaitan dengan hati dan perbuatan-perbuatan anggota tubuh, seperti beriman kepada Allah, ilmu pengetahuan tentang hati dan keadaannya, serta perkataan dan perbuatan anggota badan. Dan hal ini masuk di dalam nya ilmu tentang dasar-dasar keimanan dan tentang kaidah-kaidah Islam dan masuk di dalamnya ilmu yang membahas tentang perkataan dan perbuatan-perbuatan yang jelas, seperti ilmu-ilmu fiqih yang membahas tentang hukum amal perbuatan. Dan hal itu merupakan bahagian dari ilmu agama. [4]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat th. 728 H) rahimahullaah juga berkata, “Telah berkata Yahya bin ‘Ammar (wafat th. 422 H), ‘Ilmu itu ada lima:

(1). Ilmu yang merupakan kehidupan bagi agama, iaitu ilmu tauhid

(2). Ilmu yang merupakan santapan agama, iaitu ilmu tentang mempelajari makna-makna Al-Quran dan hadits

(3). Ilmu yang merupakan ubat agama, iaitu ilmu fatwa. Apabila suatu musibah (malapetaka) datang kepada seorang hamba, ia memerlukan n orang yang mampu menyem buhkannya dari musibah itu, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu

(4). Ilmu yang merupakan penyakit agama, iaitu ilmu kalam dan bid’ah.

(5). Ilmu yang merupakan kebinasaan bagi agama, iaitu ilmu sihir dan yang seper­tinya.’”

Wallahua'lam....

Pengertian ilmu yang bermanfaat




ILMU? hmmm...bila disebut tentang ilmu, Ilmu itu ibarat cahaya.Dengan ilmu hidup kita jadi terang,tanpa ilmu, hidup tidak bermakna.Imu yang pertama wajib kita pelajari ialah MA'RIFATULLAH (MENGENAL ALLAH). Pengertian ilmu amatlah luas dan banyak cabang-cabang ilmu...bukan semua ilmu kita boleh ambil dan praktikkan..ilmu yang kita mahu pelajari mestilah ilmu yang jelas dan benar dari segi syarak.Ilmu sangat penting sehinggakan Surah yang pertama diturunkan oleh Allah ialah tentang ilmu iaitu "IQRA", bacalah..daripada kita membacalah kita memperoleh ilmu. Apabila meninggal seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara iaitu ILMU YANG BERMANFAAT, SEDEQAH DAN DOA ANAK YANG SOLEH." Jika semasa hidup kita, kita ada ajar/share ilmu yang baik dan orang yang diajarkan itu menyampaikannya pula pada orang lain,maka pahala kita tidak akan putus-putus selagi mana ilmu itu disebar dan diguna pakai tetapi jika semasa hidup kita, kita ada ajar/share ilmu yang tidak baik, maka adalah sebaliknya..dosalah yang kita dapat selagi mana ilmu yang tidak baik itu disebar-sebar dan diguna pakai,na'uzubillah..sebab tu la pentingnya kita mempelajari atau menuntut ilmu yang baik dan benar. Yang membezakan antara orang kufur dan orang yang beriman itu ialah ILMUNYA..so aku ada terbaca sket tentang ilmu ni,nak share la kat sini.hope ia dapat memberi manfaat


Oleh: Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Di dalam Al-Qur-an Allah Ta’ala menyebutkan ilmu pada kedudukan yang terpuji, iaitu ilmu yang bermanfaat. Dan ada juga Dia menyebutkan ilmu pada kedudukan yang tercela, iaitu ilmu yang tidak bermanfaat.

Adapun yang pertama, seperti firman Allah Ta’ala,
قُل هَل يَستَوِى الَّذينَ يَعلَمونَ وَالَّذينَ لا يَعلَمونَ ۗ

“… Katakanlah: ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?’…” [Az-Zumar: 9]

Firman Allah Ta’ala,
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ وَالمَلٰئِكَةُ وَأُولُوا العِلمِ قائِمًا بِالقِسطِ ۚ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ العَزيزُ الحَكيمُ

“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Ali ‘Imran: 18]

Firman Allah Ta’ala.
وَقُل رَبِّ زِدنى عِلمًا

“… Dan katakanlah: ‘Ya Rabb-ku, tambahkanlah ilmu kepadaku.’” [Thaahaa: 114]

Firman Allah Ta’ala.
إِنَّما يَخشَى اللَّهَ مِن عِبادِهِ العُلَمٰؤُا۟

“… Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para ulama.” [Faathir: 28]

Firman Allah Ta’ala tentang kisah Adam dan pelajaran yang baginda dapat dari Allah tentang nama-nama segala sesuatu, dan memberitahukannya kepada para Malaikat. Para Malaikat pun berkata, “Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha bijak­sana.’” [Al-Baqarah: 32]

Dan firman Allah Ta’ala mengenai kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidhir. Nabi Musa berkata kepadanya,
قالَ لَهُ موسىٰ هَل أَتَّبِعُكَ عَلىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمّا عُلِّمتَ رُشدًا

“Boleh kah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” [Al-Kahfi: 66]

Ini semua adalah ilmu yang bermanfaat. Dan terkadang Allah Ta’ala mengabarkan keadaan suatu kaum yang diberikan ilmu, namun ilmu yang ada pada mereka tidak bermanfaat. Ini adalah ilmu yang bermanfaat padahakikat nya, namun pemiliknya tidak mengambil manfaat dari ilmunya itu. Allah Ta’ala berfirman,
مَثَلُ الَّذينَ حُمِّلُوا التَّورىٰةَ ثُمَّ لَم يَحمِلوها كَمَثَلِ الحِمارِ يَحمِلُ أَسفارًا ۚ بِئسَ مَثَلُ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِـٔايٰتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِى القَومَ الظّٰلِمينَ

“Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak meng­amal kannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat lah buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Al-Jumu’ah: 5]

Adapun ilmu yang Allah Ta’ala sebutkan pada kedudukan tercela, iaitu ilmu sihir seperti firman-Nya,
وَما يُعَلِّمانِ مِن أَحَدٍ حَتّىٰ يَقولا إِنَّما نَحنُ فِتنَةٌ فَلا تَكفُر ۖ فَيَتَعَلَّمونَ مِنهُما ما يُفَرِّقونَ بِهِ بَينَ المَرءِ وَزَوجِهِ ۚ وَما هُم بِضارّينَ بِهِ مِن أَحَدٍ إِلّا بِإِذنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمونَ ما يَضُرُّهُم وَلا يَنفَعُهُم ۚ وَلَقَد عَلِموا لَمَنِ اشتَرىٰهُ ما لَهُ فِى الءاخِرَةِ مِن خَلٰقٍ ۚ وَلَبِئسَ ما شَرَوا بِهِ أَنفُسَهُم ۚ لَو كانوا يَعلَمونَ

“… Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan dan tidak memberi manfaat. Dan sungguh mereka sudah tahu barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, niscaya tidak mendapat keuntungan di akhirat. Sungguh sangat buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka mengetahui.” [Al-Baqarah: 102]

Dan firman Allah Ta’ala,
يَعلَمونَ ظٰهِرًا مِنَ الحَيوٰةِ الدُّنيا وَهُم عَنِ الءاخِرَةِ هُم غٰفِلونَ

“Mereka hanya mengetahui yang lahir (tampak) dari kehidupan dunia, sedangkan terhadap (kehidupan) akhirat mereka lalai.” [Ar-Ruum: 7]

Karena itulah As-Sunnah membagi ilmu menjadi ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang tidak bermanfaat, juga mengan­jurkan untuk berlindung dari ilmu yang tidak bermanfaat dan memohon kepada Allah Ta’ala ilmu yang bermanfaat. [1]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat th. 728 H) rahimahullaah mengatakan, “Ilmu adalah apa yang dibangun di atas dalil, dan ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dibawa oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Terkadang ada ilmu yang tidak berasal dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, tetapi dalam urusan duniawi, seperti ilmu kedoktoran, ilmu hitung, ilmu pertanian, dan ilmu perdagangan.” [2]

Imam Ibnu Rajab (wafat th. 795 H) rahimahullaah mengatakan, “Ilmu yang bermanfaat menunjukkan pada dua hal.

Pertama, mengenal Allah Ta’ala dan segala apa yang menjadi hak-Nya berupa nama-nama yang indah, sifat-sifat yang mulia, dan perbuatan-perbuatan yang agung. Hal ini mengharuskan adanya pengagungan, rasa takut, cinta, harap, dan tawakkal kepada Allah serta ridha terhadap takdir dan sabar atas segala musibah yang Allah Ta’ala berikan.

Kedua, mengetahui segala apa yang diredhai dan dicintai Allah ‘Azza wa Jalla dan menjauhi segala apa yang dibenci dan dimurkai-Nya berupa keyakinan, perbuatan yang lahir dan batin serta ucapan. Hal ini mengharuskan orang yang meng­etahuinya untuk bersegera melakukan segala apa yang dicintai dan diridhai Allah Ta’ala dan men jauhi segala apa yang dibenci dan dimurkai-Nya. Apabila ilmu itu menghasilkan hal ini bagi pemiliknya, maka inilah ilmu yang bermanfaat. Kapan saja ilmu itu bermanfaat dan menancap di dalam hati, maka sungguh, hati itu akan merasa khusyu’, takut, tunduk, mencin­tai dan mengagungkan Allah ‘Azza wa Jalla, jiwa merasa cukup dan puas dengan sedikit yang halal dari dunia dan merasa kenyang dengannya sehingga hal itu menjadikan nya qana’ah dan zuhud di dunia.” [3]

Imam Mujahid bin Jabr (wafat th. 104 H) rahimahullaah mengatakan, “Orang yang faqih (pintar) adalah orang yang takut kepada Allah Ta’ala meskipun ilmunya sedikit. Dan orang yang bodoh adalah orang yang berbuat durhaka kepada Allah Ta’ala meskipun ilmunya banyak.” [4]

Perkataan beliau rahimahullaah menunjukkan bahwa ada orang yang menuntut ilmu dan mengajarkan nya, namun ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi orang tersebut kerana tidak membawanya kepada ketaatan kepada Allah Ta’ala.

Imam Ibnu Rajab (wafat th. 795 H) rahimahullaah mengatakan, “Ilmu yang paling utama adalah ilmu tafsir Al-Qur-an, pen­jelasan makna hadits-hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan pembahasan tentang masalah halal dan haram yang diriwayatkan dari para Shahabat, Tabi’in, Tabi’ut Tabi’in, dan para imam terkemuka yang mengikuti jejak mereka…” [5]

Imam al-Auza’i (wafat th. 157 H) rahimahullaah ber kata, “Ilmu itu apa yang dibawa dari para Sahabat Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam, adapun yang datang dari selain mereka bukanlah ilmu.” [6]

Beliau juga mengatakan, “Ilmu yang paling utama adalah ilmu tafsir Al-Qur-an, penjelasan makna hadits-hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan pembahasan tentang masalah halal dan haram yang diriwayatkan dari para Shahabat, Tabi’in, Tabi’ut Tabi’in, dan para imam terkemuka yang mengikuti jejak mereka…” [7]

Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi’i rahimahullaah mengatakan, Seluruh ilmu selain Al-Qur-an hanyalah menyibukkan, kecuali ilmu hadits dan fiqih dalam rangka mendalami ilmu agama.

Ilmu adalah yang tercantum di dalamnya: ‘Qaalaa, had-datsanaa (telah menyampaikan hadits kepada kami)’. Adapun selain itu hanyalah was was (bisikan) syaitan. [8]

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memberikan perumpamaan kepada kita mengenai orang yang faham tentang agama Allah Ta’ala, ia memperoleh manfaat dari ilmunya dan memberikan manfaat kepada orang lain. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga memberikan perumpamaan orang yang tidak menaruh perhatian pada ilmu agama, dengan kelalaian nya itu mereka menjadi orang yang merugi dan bangkrut.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutusku dengan­nya laksana hujan deras yang menimpa tanah. Di antara tanah itu ada yang subur. Ia menerima air lalu menumbuhkan tanaman dan rumput yang banyak. Di antaranya juga ada tanah kering yang menyimpan air. Lalu Allah memberi manusia manfaat darinya sehingga mereka minum darinya, mengairi tanaman, dan berladang dengannya. Hujan itu juga mengenai jenis (tanah yang) lain iaitu yang tandus, yang tidak menyimpan air, tidak pula menumbuhkan tanaman. Itulah perumpamaan orang yang memahami agama Allah, lalu ia mendapat manfaat dari apa yang Allah mengutus aku dengan­nya. Juga perumpamaan atas orang yang tidak menaruh perhatian terhadap nya. Ia tidak menerima petunjuk Allah yang dengannya aku diutus.” [9]

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika datang membawa ajaran agama Islam, beliau mengumpamakannya dengan hujan yang diperlukan manusia. Keadaan manusia sebelum diutus Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam seperti tanah yang kering, gersang dan tandus. Kemudian kedatangan baginda membawa ilmu yang bermanfaat menghidupkan hati-hati yang mati sebagaimana hujan menghidupkan tanah-tanah yang mati.

Kemudian beliau mengumpamakan orang yang mendengar ilmu agama dengan berbagai tanah yang terkena air hujan, di antara mereka adalah orang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkannya. Orang ini seperti tanah subur yang menyerap air sehingga dapat memberi manfaat bagi dirinya, kemudian tanah tersebut dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan sehingga dapat memberi manfaat bagi yang lain.

Di antara mereka ada juga orang yang menghabiskan waktunya untuk menuntut ilmu namun dia tidak mengamalkannya, akan tetapi dia mengajarkannya untuk orang lain. Maka, dia bagaikan tanah yang tergenangi air sehingga manusia dapat memanfaatkannya. Orang inilah yang disebut dalam sabda beliau, “Allah memperindah seseorang yang mendengar perkataan-perkataanku dan dia mengajarkan nya seperti yang dia dengar.” Di antara mereka ada juga yang mendengar ilmu namun tidak menghafal/menjaganya serta tidak menyampaikannya kepada orang lain, maka perumpamaannya seperti tanah yang berair atau tanah yang gersang yang tidak dapat menerima air sehingga merosak tanah yang ada di sekelilingnya.

Dikumpulkannya perumpamaan bahagian pertama dan kedua disebabkan keduanya sama-sama bermanfaat. Sedangkan dipisahkannya bahagian ketiga disebabkan tercela dan tidak bermanfaat.

Jadi, perumpamaan hadits di atas terdiri dari 2 (dua) kelompok. Perumpamaan pertama telah dijelaskan sebelumnya. Sedangkan perumpamaan kedua, bahagian pertamanya adalah orang yang masuk agama Islam namun tidak mengamalkan dan tidak mengajarkannya. Kelompok ini diumpamakan dengan tanah tandus sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya, “Orang yang tidak menaruh perhatian terhadapnya.” Atau dia berpaling dari ilmu sehingga dia tidak dapat memanfaatkannya dan tidak pula dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Adapun bahagian kedua adalah orang yang sama sekali tidak memeluk agama, bahkan telah disampaikan kepadanya pengetahuan tentang agama Islam, tetapi ia mengingkari dan kufur kepadanya. Kelompok ini diumpamakan dengan tanah datar yang keras, dimana air mengalir di atasnya, tetapi tidak dapat memanfaatkannya. Hal ini diisyaratkan dengan sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam: “Dan tidak peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus dengannya.”

Ath-Thibi berkata, “Manusia terbahagi menjadi dua”.

Pertama, manusia yang memanfaatkan ilmu untuk dirinya namun tidak mengajarkannya kepada orang lain.

Kedua, manusia yang tidak memanfaatkan ilmu bagi dirinya, namun ia mengajarkan kepada orang lain.”

Menurut Ibnu Hajar al-‘Asqalani, kategori pertama masuk dalam kelompok pertama. Sebab, secara umum manfaatnya ada walaupun tingkatan nya berbeza. Begitu juga dengan tanaman yang tumbuh, di antaranya ada yang subur dan memberi manfaat kepada manusia dan ada juga yang kering. Adapun kategori kedua walaupun dia mengerjakan hal-hal yang wajib dan meninggalkan yang sunnah, sebenarnya dia termasuk kelompok kedua seperti yang telah kami jelaskan; dan sean­dainya dia meninggalkan hal-hal wajib, maka dia adalah orang fasik dan kita tidak boleh mengambil ilmu darinya.

Orang seperti ini termasuk dalam sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Orang yang tidak menaruh perhatian terhadap nya.” [10]

Memandangkan aku ni seorang yang menyampaikan ilmu,agak gerun jugakla sebab aku takut sangat-sangat kalau aku ada tersilap atau tersalah dalam menyampaikan ilmu.Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku...ya Allah...

Friday, December 03, 2010

Nihongo o benkyou shimashou!

alhamdullillah dgn rahmat & kasih sygNya,Allah masih lg pjgkan usia aku smpai arini,alhamdullillah...mlm td b4 tdo,tetibe mai 1 idea ni nk masukkan entry pe kt blog ni..aku nk share sket le nihongo (BHS JEPUN)kat blog ni sebab aku suke sangat2 ngan jepun nih..nk jadi cam yankumi sensei haha..ade le sket yg aku tau, meh kite sama2 balajaq noo...NIHONGO O BENKYOU SHIMASHOU ( jom blajar bahasa jepun!)..aku sj letak gambo mount fuji yg kt jepun tu dengan shinkansen.shinkansen tu maksud die "bullet train"




1st, nk share sket psl greeting,well biasala apa2 bhs pun slalunye org mesti nak sebut paling koman pun psl greeting..kire dpt sket 1 ke 2 perkataan kire ok r tu kan hehe...ok kt bwh ni ade sket greeting yg biasa digunakan...

GREETING

Ohayoo gozaimasu = Selamat pagi
Konnichi wa = Selamat tengahari/Hello (leh start sebut dr pukul 11 pg)
Konban wa = Selamat petang atau leh sebut msa mlm tp korang lum masuk tido)
Oyasumi nasai = Selamat malam (sebut oyasumi je pun da cukup/sebut msa korang
masuk tido)
Ogenki desu ka? = Apa khabar? [Are you in good spirits?]
Genki = Sihat/ good spirits
Genki desu = Sihat sangat.
Arigatoo gozaimasu = Terima kasih
Okagesama de = Thank you. [Due to your kind thought, am well]
Onamae wa nan desu ka? = Siapa nama awak? (ni formal)
Onamae wa? = Nama awak? (x formal)
Atiqah to mooshimasu = Nama saya Atiqah.
Atiqah desu = Saya Atiqah.
Watakushi no namae wa Atiqah desu = Nama saya ialah Atiqah (formal abis)
Gomen nasai = Excuse me./minta maaf.
Ii desu = tidak mengapa
Sayounara = Selamat tinggal
Do-itashi-mashite = Sama2 (sebut klu org kata kt kite 'arigatou')
Sumimasen = I'm sorry. / Excuse me. / Thank you.
Gomen-nasai = Maaf sangat2.
Do-shimashita-ka? = What's the matter?
Ki o tsukete = Jaga diri
Odaijini = Jaga diri(word ni nak sebut utk org yg tengah sakit/x sihat)
Daijoobu desu = Its OK
Onegai shimasu = Tolong (spt merayu/mintak tolong)
Chotto matte = Tunggu sebentar
Irimasen = Saya x nak/saya x perlukan
Mata ashita = Jumpe lagi esok
Irrashaimase = Selamat datang (ucapkan utk welcoming someone kt
restoran/bar/kedai.utk welcome org dtg kt umah tak sesuai)
Itadakimasu =(sebut b4 kite mkn/minum)
Gochisoo sama deshita = Thanks 4 the meal/drinks (sebut slps mkn n sebut pd org yg da
treat kite mkn/minum)
Tasukete kudasai = Tolong saya!
Yurushite kudasai = Maafkan saya

penat dah aku taip..wt skang ni,ni dulu la..nnti2 sambung lg..okay, nak g masak jap mata ja nee!

Thursday, December 02, 2010

ANATA TO ATASHI (u n me)

tetibe teringat kt kawan2 rindunyee...ps2 ade trjumpe lak 1 sajak tentang persahabatan ni tajuknye kau dan aku....tersentuh gak baca sajak nih..



Kau dan aku

Satu untuk kau satu untukku

Kau dan aku kita berjalan beriringan selalu

Tak ingin antara kita ada yang kurang

Maka kita saling melengkapi dan menguatkan

Saling memperingati sabda Rasul dan firman Tuhan

Dunia kita rasai bersama

Akhirat kita raih berdua

Kita menjalin persahabatan

Meski sifatmu jauh berbeda denganku

Andai aku pilih matahari kau memilih bulan

Andai aku sukakan putih kau sukakan hitam

Variasi ini melakarkan warna

bukan penghalang ukhuwah kita

keinginan dan cara hidup kita berbeza

namun kita disatukan dengan niat yang sama

saling mengenal berlandaskan iman

kadangkala virus ukhuwah menggoncang rasa

sifat mazmumah memah cinta

sifat mahmudah mulai sirna

titik hitam semakin nyata

prasangka, cemburu, dengki mulai beraja

perselisihan itu hal yang wajar teman

kerana kita bukan malaikat

kita berdua sudah memahami

Tuhan sayangi orang yang sabar

orang-orang yang dapat menahan marah

kita harus berfikiran jernih

meski syaitan mulai merantai dengan virus benci

meski kesedihan mulai hinggap

kekecewaan menyerkap

Teman pesanku padamu

usah berharap pada makhluk

hanya berharap pada Allah

usah berharap pada kesempurnaan

kesempurnaan hanya milik Tuhan

oleh itu disaat diriku kau sakiti

Aku pasti memaafkan

Kerana ukhuwah ini mengajar ku untuk berbaik sangka

bila kau aku sakiti kau tetap berlapang dada

kerana kau tahu bukan itu niatku, cuma khilaf manusia biasa

Disuatu saat kita pasti akan terpisah

Mungkin untuk sementara atau untuk selamanya

Semoga perpisahan menjadi saksi

Agar kita dinaungi rahmat Tuhan

Bertemu kerana Dia

Dan berpisah juga keranaNya

Akan ku kirimkan angin cinta dan rindu

Dalam doa-doaku kepadamu

Akanku abadikan dalam diari hatiku

suatu masa dahulu ku punya sahabat

Yang ku cintai kerana Tuhan

Islam sangat menitikberatkan tentang ukhwah.ada 1 hadis Rasul tentang ukhwah ni iaitu : Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yg satu , apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

jadi,marilah kita bina ukhwah dan berkasih-sayang sesama kita krn Allah..peliharalah ukhwah yg telah dibina mga Allah kita mendapat rahmat dr Allah...i luv my fren!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...